Li Qiang menggantikan Li Keqiang yang berundur selepas menyandang jawatan itu selama dua penggal.
Pelantikan itu dibuat ketika Jinping mengukuhkan pengaruhnya ke atas kepemimpinan tertinggi negara itu.
Li Qiang yang merupakan bekas ketua Parti Komunis Shanghai dinamakan sebagai pengganti kepada perdana menteri Li Keqiang yang berundur selepas menyandang jawatan itu selama dua penggal. Pemimpin berusia 63 tahun itu menerima hampir semua undian daripada lebih 2,900 perwakilan di Kongres Rakyat Kebangsaan sehari selepas Jinping dipilih sebulat suara untuk penggal ketiga yang dilihat melanggar norma sebagai presiden.Pelantikan Li Qiang sebelum ini mencetuskan keraguan selepas beliau mengendalikan perintah berkurung Shanghai, yang mana penduduk bergelut untuk mendapatkan makanan dan rawatan perubatan.
Bagaimanapun rekod Li Qiang serta protes meluas pada musim sejuk lalu ke atas dasar sifar Covid-19, diketepikan apabila Jinping mengukuhkan cengkamannya terhadap politik China. – AFP
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
China's Xi nominates Li Qiang to become premierBEIJING, March 11 ― Chinese President Xi Jinping today nominated Li Qiang, 63, to become premier during the ongoing annual meeting of China's rubber-stamp parliament, a...
Read more »
Anwar mahu PBT beri perhatian pembangunan bandar seimbang | The Malaysian InsightPerancangan bandar sebelum ini menjurus kepada pembangunan semata-mata, tidak memenuhi keperluan penduduk, kata perdana menteri.
Read more »
Muhyiddin tak mungkin ditahan semalaman, kata sumberSumber berkata, SPRM membuat keputusan tidak menahan bekas perdana menteri itu selepas mengambil kira kesihatannya.
Read more »
Beri kepercayaan penuh sistem perundangan - RafiziRafizi berkata, kerajaan perlu mengekalkan perspektif tiada sebarang campur tangan dalam kes bekas Perdana Menteri itu.
Read more »
Muhyiddin bebas dengan jaminan SPRM, kata Azam | The Malaysian InsightBagaimanapun, bekas perdana menteri itu perlu hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk pendakwaan.
Read more »