dekotaman Trend terbaharu pokok hidup untuk hiasan namun perlu ada komitmen pastikan tumbuhan itu ‘bahagia’ di dalam rumah
Mungkin juga aktiviti landskap dalaman atau menghias kediaman dengan tanaman hijau dapat menyejukkan hati sedikit daripada memikirkan mengenai bahaya pandemik Covid-19 yang menyebabkan aktiviti luar rumah kini adalah normal baharu.
Tidak ketinggalan 'kegilaan' terbaharu itu juga ada menularkan tumbuhan yang sebelum ini mungkin hanya meliar di tepi jalan mula dijual pada harga yang tidak masuk akal kerana ia menjadi arus terbaharu dalam hiasan dalaman. "Jika kita lihat arus terkini itu semakin tular apabila ramai yang semakin kreatif menyusun atur tumbuh-tumbuhan terutama untuk dihias di dalam rumah supaya tampak sesuai digabungkan dengan konsep pilihan masing-masing," katanya.
"Meskipun tumbuhan hiasan itu dimaklumkan oleh penjual sesuai untuk di dalam rumah tetapi ia masih memerlukan cahaya. Perkara ini yang memerlukan pemilik membuat kajian sendiri bagi memastikan pokok yang dibeli tidak layu di kemudian hari. Beliau juga menyarankan, bagi mereka yang mempunyai tumbuhan hiasan di dalam rumah juga boleh melakukan aktiviti meletakkan pokok seketika di luar rumah terutama pada sebelah pagi antara jam 8 hingga 11 pagi sekurang-kurangnya dua hari sekali. Bagaimanapun, perlu memastikan cahaya matahari itu tidak terlalu panas.
"Selalunya tumbuhan yang sesuai untuk di dalam rumah tidak berbunga seperti snake plan, spider plant, fiddle leaf fig, aloe vera, golden pathos, chinese evergreen dan bagi yang berbunga seperti peace lily," katanya.Dr Mohd Hafizal berkata, pemilik tumbuhan hiasan di dalam rumah juga perlu peka dengan kesesuaian bekas untuk meletakkannya supaya tidak mengganggu proses tumbesaran.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Drone berjaya rakam ribuan penyu sedang berenang di lautan AustraliaPenyu yang dikenali sebagai penyu hijau kerana warnanya dan ciri unik yang ada hanya pada penyu ini iaitu tulang rawannya didapati berkumpul di Pulau Raine. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Shevon dapat lampu hijau sertai RTTKEM badminton negara mendapat khabar gembira apabila pemain beregu campuran, Shevon Lai bersedia untuk melapor diri ke kem latihan Road To Tokyo (RTT) Ahad ini. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemain berusia 27 tahun itu akan menjalani ujian calitan tekak atau 'swab test' terlebih dulu.
Read more »