Mayat individu berkenaan yang berusia 45 tahun ditemukan kira-kira 44 meter dari tebing sungai sedalam satu meter pada pukul 3.34 petang.
ALOR SETAR: Mayat lelaki yang terjun ke Sungai Kedah bagi mengelak daripada ditangkap polis kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, berjaya ditemukan selepas lebih dua jam kejadian itu berlaku.
“Pihak bomba menggunakan bot penyelamat dan peralatan khas ‘grappling iron’ untuk tujuan mencari dan menyelamat. Sebaik ditemukan, individu berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan mengenai tindakan individu berkenaan bersama seorang lagi lelaki berusia 30-an, terjun ke Sungai Kedah berhampiran Taman Limau Manis, Jalan Alor Mengkudu, semata-mata demi mengelak daripada diberkas polis.
Sebaik terjun ke sungai, lelaki berusia 45 tahun tersebut kemudiannya tiba-tiba hilang dari pandangan manakala rakannya yang berusia 30-an itu dapat berenang menyeberangi sungai untuk meloloskan diri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua mayat rentung dalam pondok pengawalPondok tersebut mempunyai pintu jeriji besi yang dikunci dengan rantai besi dan anggota bomba terpaksa memotongnya untuk melakukan pemadaman
Read more »
Pasangan kekasih dipercayai buang bayi ditahan | The Malaysian InsightVideo orang awam menjumpai mayat bayi itu di dalam sebuah parit tular di media sosial.
Read more »
Mayat bekas imam ditemukan lemas'Mayat mangsa ditemukan tersangkut di rimbunan pokok nipah di tebing sungai.'
Read more »
13 lelaki dicekup rebus, 'kenduri' ketum bawah khemahSeramai 13 lelaki yang sedang leka memasak daun ketum di bawah khemah di sebuah Felda di daerah ini ditahan dalam Op Tapis Khas Felda yang dijalankan malam kelmarin hingga awal semalam.
Read more »
Lepas bunuh isteri kedua, lelaki rancang mahu lari ke MalaysiaHasrat seorang lelaki untuk melarikan diri ke Malaysia selepas membunuh isteri keduanya tidak kesampaian apabila dia ditahan pihak berkuasa.
Read more »
Lelaki ditahan buat lebih 2,000 panggilan ganggu polisWarga emas itu buat paggilan setiap enam minit menuduh polis wilayah Saitama sebagai pencuri cukai
Read more »