Beyond the Breaking News

Lelaki melecur 50 peratus letupan gas memasak di Alor Gajah

Malaysia News News

Lelaki melecur 50 peratus letupan gas memasak di Alor Gajah
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Seorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian letupan gas memasak di sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, hari ini.

Keadaan dapur milik seorang penyewa bersepah akibat kejadian letupan gas memasak di sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina, Melaka. - FOTO IHSAN JBPM MELAKA.

ALOR GAJAH: Seorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian letupan gas memasak di sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohamad Edham Zul, 29, yang merupakan penyewa rumah berkenaan baru pulang dari kampungnya di Pahang sebelum menyedari terdapat bunyi yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di dalam rumah.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, mangsa kemudian membuat pemeriksaan terhadap tong gas memasak sebelum berlaku satu letupan secara tiba-tiba di bahagian dapur rumah.

“Akibat letupan tersebut, mangsa mengalami kecederaan melecur dianggarkan 50 peratus pada anggota badan dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan JBPM sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan . “Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, letupan itu turut menyebabkan kerosakan serius pada bahagian bumbung rumah selain menjejaskan struktur bangunan termasuk pintu, tingkap, siling dan sistem pendawaian elektrik.

“Turut rosak ialah pelbagai peralatan serta kelengkapan rumah terutama di bahagian dapur. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan jelaga dan haba yang ketara di kawasan dapur yang dipercayai menjadi lokasi utama letupan,” ujarnya. Tambah Zulkhairani, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah telah menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada risiko kebocoran gas susulan di lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Ahli Majlis dan wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri kawasan bagi tujuan bantuan kebajikan kepada mangsa.

“Punca kejadian dipercayai akibat kebocoran gas petroleum cecair yang terkumpul di dalam rumah sebelum berlaku letupan ketika mangsa membuat pemeriksaan,” ujarnya.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Masalah rumah tangga mungkin punca lelaki Myanmar dibunuhMasalah rumah tangga mungkin punca lelaki Myanmar dibunuhBUKIT MERTAJAM : Perselisihan akibat masalah rumah tangga dikenal pasti sebagai antara punca seorang lelaki warga Myanmar mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat di sini kira-kira pukul 3.20 petang semalam.
Read more »

Polis buru tiga lelaki kes samun bersenjataPolis buru tiga lelaki kes samun bersenjataSuspek dipercayai warga Indonesia.
Read more »

Lelaki dicekup selepas dua tahun makan hasil seludup bahan bakarLelaki dicekup selepas dua tahun makan hasil seludup bahan bakarSelepas dua tahun menikmati hasil daripada aktiviti menyeludup bahan bakar bersubsidi ke negara jiran, seorang lelaki akhirnya dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di pangkalan haram Zink Merah, Lubok Gong di sini hari ini.
Read more »

Alleged 'Rames Gang' leader charged in Alor SetarAlleged 'Rames Gang' leader charged in Alor SetarNEW YORK, June 2 (Reuters) - ⁠Amazon.com will host its annual Prime Day sales event from June 23 to June 26 after ⁠launching the event in July for the past five years, citing major holidays and sporting ‌events as factors in its decision.
Read more »



Render Time: 2026-07-15 19:53:34