Mukah Seorang lelaki maut selepas diseret rakannya yang mabuk sejauh 30 meter dengan kereta di Jalan Pasar Baru, Mukah, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.10 pagi, mangsa berusia 48 tahun dari Kampung Baru Cina, Dalat yang mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Mukah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum itu, kedua-dua mereka bersama-sama mengambil minuman keras."Mangsa keluar dari kedai minum terbabit lebih awal setelah kedua-duanya mabuk dan rakannya masih minum seorang diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, apabila rakannya itu pergi ke lokasi kejadian, dia terjumpa dengan mangsa di sebuah kedai di situ."Semasa rakannya itu hendak meneruskan perjalanan, dia tidak sedar mangsa masih berada di hadapan kereta membuatkan mangsa diseret sejauh 30 meter," katanya.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 8:50 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Buru lelaki dakwa Masjid Bagan Dalam kluster Covid-19POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang merakam dan menyebarkan mesej bersuara melalui aplikasi WhatsApp mendakwa kononnya Masjid Bagan Dalam di Butterworth, menjadi kluster terbaharu jangkitan Covid-19.
Read more »
Dua beradik antara 3 lelaki didakwa kurung, pukul jurukimpalTIGA lelaki termasuk dua beradik yang mengurung dan memukul seorang jurukimpal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Marang, hari ini.
Read more »
Pawagam ‘patuh syariah’ pertama di Terengganu asing tempat duduk lelaki, wanitaLFS Kuala Terengganu beroperasi di PB Square tampil dengan kelainan apabila melaksanakan pawagam patuh syariah pertama di Terengganu. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Lelaki tempatan disyaki bersekongkol seludup masuk warga asing diberkas | The Malaysian InsightTurut ditahan tiga lelaki warga Indonesia dipercayai tekong laut dan dua pendatang tanpa izin warganegara sama.
Read more »