Lelaki maut di Manjoi kerana sakit jantung, bukan Covid-19, kata polis
POLIS menafikan kematian seorang lelaki berusia 44 tahun yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, Kampung Manjoi di sini semalam berkaitan dengan Covid-19.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata keputusan ujian yang dilakukan oleh petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati lelaki itu negatif Covid-19, sekali gus membolehkan bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian. “Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya dalam kenyataan di Ipoh, hari ini.
A.Asmadi berkata anggota polis di Balai Polis Manjoi menerima maklumat pada pukul 1.30 tengah hari semalam daripada Pusat Kawalan Daerah Covid-19 mengenai kematian lelaki itu, dan hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Lelaki yang tinggal seorang diri disedari oleh adiknya semasa mahu menziarahi di rumah itu yang dikunci dari dalam. Bantuan bomba telah dipohon untuk membuka pintu rumah,” katanya. – Bernama, 23 April, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sifar kes Covid-19 bukan alasan ingkar PKPKELANTAN yang mencatatkan sifar kes Covid-19 selama enam hari berturut-turut sejak Isnin lalu, bukan alasan untuk rakyatnya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Read more »
Sheffield United players agree to defer wages due to COVID-19 pandemic(Reuters) - Sheffield United's players have agreed to defer part of their salaries and bonuses until the end of the year due to the COVID-19 pandemic, the Premier League club said in a statement on Tuesday.
Read more »
Covid-19: Health workers shunned as outcasts in Egypt | New Straits TimesCAIRO: After showing symptoms similar to those of the Covid-19 coronavirus, Egyptian doctor Ahmed Negm went into self-isolation in an old apartment, but before long he was hounded out by fearful neighbours.
Read more »
Trump's 'game changer' Covid-19 drug has no benefit, possibly harms patientsThere are currently no approved treatments or vaccines specifically for the new coronavirus. FMTNews DonaldTrump Health Hydroxychloroquine
Read more »
Delivery firms seek subsidy for riders’ Covid-19 tests | The Malaysian InsightCall to subsidise or introduce flat rate for screenings which can only take place in private hospitals.
Read more »
France sees 531 new Covid-19 deaths, total now at 20,796The number of people in hospital and intensive care continue to decline. FMTNews Covid19
Read more »