Lelaki jalan lebih 8,000km untuk tunai haji Asia AsiaBarat LUARNEGARA TERKINI
Perjalanan sejauh 8,640 kilometer itu membawa Shihabudeen Sayid Alawi merentasi lima negara iaitu India, Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait.
Lapor Arab News, Shihabudeen yang juga dikenali sebagai Shihab Chottur mengambil masa setahun 17 hari untuk sampai ke Mekah.“Saya tiba di sempadan Kuwait-Arab Saudi pada pukul 5.17 pagi yang merupakan hari Ramadan. “Saya bersujud lalu menyentuh pasir Arab Saudi tanda rasa bersyukur selamat sampai dan dapat menunaikan impian selama ini,” katanya.
Menurut Shihabudeen, selepas memasuki Arab Saudi, dia pergi ke Madinah dan menghabiskan masa selama 21 hari sebelum berangkat ke Mekah.Shihab menempuh jarak perjalanan sejauh 440 km antara Madinah dan Mekah dalam masa sembilan hari.Sementara itu, Shihabudeen berkata, dia kehilangan kira-kira 18 kilogram berat sepanjang perjalanannya ke Arab Saudi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Berang makanan dicuri, tiga lelaki lempar anjing dalam sungai buayaSekumpulan lelaki di Nunukan, Kalimantan Utara tergamak melemparkan anjing ke dalam sungai yang dipenuhi dengan buaya.
Read more »
Bekas mak nyah masih dihujani lamaran lelakinaluri atau keinginan songsang kebanyakan transgender atau golongan LGBT masih lagi ada malah sukar dimusnahkan
Read more »