Lelaki Ini Review 7 Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih. 1 Hari 1 Masjid!

Malaysia News News

Lelaki Ini Review 7 Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih. 1 Hari 1 Masjid!
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Antara masjid yang dikunjungi adalah Masjid Tun Abdul Aziz dan Masjid Ar-Rahah.

Bulan Ramadan adalah tempoh waktu di mana kebanyakan masjid serta surau akan dipenuhi dengan para jemaah mengerjakan solat fardu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Selain itu, ada juga sesetengah individu yang memilih untuk berbuka puasa di lokasi tempat beribadah ini kerana suasananya yang meriah serta mempunyai hidangan percuma.

Tahu tak, sebenarnya ada banyak masjid di sekitar Lembah Klang yang cukup selesa dan cantik. Rasa macam rugi pula kalau tak pernah singgah. Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia 7 Review Masjid Sekitar Lembah Klang Untuk Solat Tarawih Di Bulan Ramadan Untuk anda yang baru pertama kali nak mencuba ke pelbagai lokasi masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah berkongsi ‘review’ di beberapa masjid untuk melakukan solat sunah Tarawih.Antara lokasi masjid tersebut adalah seperti berikut: #1. Masjid Wilayah Persekutuan Reka bentuk masjid ini sungguh cantik dan hampir sama seperti di Masjid Biru, Shah Alam.Walau bagaimanapun, katanya tempat untuk meletakkan kereta agak sukar dan tempat mengambil wuduk juga jauh. #2. Masjid TNB HQ Persekitaran di dalam masjid ini katanya sangat wangi, sejuk dan nyaman selain ia disifatkan sebagai ‘mesra-pelajar’. Selain itu, imam di masjid ini melakukan solat sunat Tarawih sebanyak lapan rakaat bersama solat sunat Witir. Pemandangan dari luar masjid pun cantik juga. Boleh nampak bangunan-bangunan tinggi sekitar bandar Kuala Lumpur.Kelajuan bacaan imam ketika solat jemaah agak perlahan dan setiap rakaat dibaca satu halaman ayat al-Quran.#4. Masjid Damansara Perdana Masjid ini merupakan salah satu lokasi beribadah bagi umat Islam yang viral dalam kalangan masyarakat kerana reka bentuknya yang moden dan cantik. Difahamkan, persekitaran dalamannya juga boleh tahan sejuk dan selesa.#5. Masjid Ar-Rahah Masjid ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan bacaan imam juga agak laju. Tetapi ruang untuk parkir kereta agak terhad dan agak bising kerana terdapat kanak-kanak yang bermain di dalam masjid ketika solat jemaah dilaksanakan. #6. Masjid Tun Abdul Aziz Masjid ini pun best juga katanya dan boleh memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah dalam satu masa. Sebagai info, masjid yang dibina pada tahun 1977 ini juga dikenali sebagai Masjid Bulat kerana reka bentuknya dibuat mengikut bentuk bulat. #7. Masjid Khadijah Masji Khadijah ini disifatkan agak ‘underrated’ kerana tidak diketahui ramai. Bacaan imam agak laju dan suhu di dalam ruangannya juga sejuk. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam apa jua cara. Kalau nak baca thread penuh, boleh klik ciapan di bawah:Siap bagi review Imam punya Speed lagi. Mungkin boleh jadi rujukan untuk korang yang nak pergi Terawih tu. Banyak juga Masjid yang cantik2 aku tak tahu 🥹 pic.twitter.com/idAUj6By8c — Naz;Naz 🛍🍽 March 24, 2024 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Mudah Diakses Dengan LRT Dan MRT Sesetengah orang mungkin tidak mahu berdepan dengan kesesakan lalu lintas untuk keluar berbuka puasa di masjid. Jadi, berikut kami senaraikan 11 lokasi masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh diakses menggunakan LRT dan MRT.Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun Dekat Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

– Wanita Ini Dakwa Payudara Hampir Diraba 50 Lelaki Di Malaysia– Wanita Ini Dakwa Payudara Hampir Diraba 50 Lelaki Di MalaysiaDakwa wanita dikenali sebagai Christine Hill, insiden itu berlaku semasa dia sedang berjalan pulang dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Hotel Shangri La.
Read more »

Ini 7 Aktiviti Menarik Sekitar Lembah Klang Hujung Minggu Ini Dari 8 Hingga 10 MacIni 7 Aktiviti Menarik Sekitar Lembah Klang Hujung Minggu Ini Dari 8 Hingga 10 MacDari aktiviti seni, persembahan dan jualan, pelbagai acara yang berlangsung pada hujung minggu ini.
Read more »

Ini 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun DekatIni 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun DekatAntara masjid sekitar Lembah Klang yang menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma adalah Masjid Muadz bin Jabal dan Masjid Asy-Syakirin.
Read more »

Lelaki Ini Kongsi Lokasi ‘Dump’ Barang Tak Terpakai & Boleh Dapat Duit SemulaLelaki Ini Kongsi Lokasi ‘Dump’ Barang Tak Terpakai & Boleh Dapat Duit SemulaProses untuk buang barang di Pusat Kitar Semula ini sememangnya sangat mudah. Paling best, dibayar cash terus sejurus selesai.
Read more »

Lelaki Ini Dedah Punca Sebenar Golongan OKU Sukar Berjalan Sendirian Sekitar Kuala LumpurLelaki Ini Dedah Punca Sebenar Golongan OKU Sukar Berjalan Sendirian Sekitar Kuala LumpurMenurut Izhar yang merupakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) berkerusi roda, pembahagi jalan menyebabkan golongannya sukar berjalan sekitar Kuala Lumpur.
Read more »

Ini Cara Tegur Orang Yang Solat Salah Kiblat, Setiap Muslim Patut TahuIni Cara Tegur Orang Yang Solat Salah Kiblat, Setiap Muslim Patut TahuSebelum ini, tular video seorang lelaki ditegur oleh seorang kanak-kanak kerana tersalah kiblat semasa solat.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 06:02:51