Lelaki disyaki buang mayat bayi dalam saluran kumbahan direman

Malaysia News News

Lelaki disyaki buang mayat bayi dalam saluran kumbahan direman
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

melaka Lelaki yang disyaki membuang bayi dalam lubang kumbahan najis di sebuah rumah di Kampung Kandang, Melaka, sebelum cebisan mayat ditemui petang semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pekerja kilang berusia 25 tahun itu direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat. Beliau berkata, pasangannya yang juga pekerja kilang berusia 23 tahun bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan polis, namun berada di bawah pengawasan berikutan masih menerima rawatan di Hospital Melaka.

Dalam kejadian petang semalam, cebisan tubuh bayi lelaki dipercayai dilahirkan awal bulan ini ditemukan dalam lubang kumbahan najis di sebuah rumah di Kampung Kandang. Bayi itu dipercayai sudah meninggal dunia ketika dilahirkan di sebuah rumah di Taman Perkota Bukit Baru, sebelum mayatnya dibuang ke dalam lubang najis terletak di belakang rumah terbabit.Polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hanya menemui cebisan tubuh bayi berkenaan dan pihak terbabit masih mengesan beberapa lagi bahagian tubuh bayi berkenaan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Warga Indonesia hadapi pertuduhan bunuh 3 lelaki senegara | The Malaysian InsightWarga Indonesia hadapi pertuduhan bunuh 3 lelaki senegara | The Malaysian InsightTertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh, Tampin.
Read more »

9 lelaki nafi 'samseng jalan raya'9 lelaki nafi 'samseng jalan raya'SEMBILAN lelaki termasuk tiga remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Port Dickson, Ahad lalu.
Read more »

Lelaki hilang, bot dipukul ributLelaki hilang, bot dipukul ributSEORANG kru bot perdagangan barter hilang di laut selepas bot yang dinaiki dipukul ribut di perairan Tanjung Segenting di Batu Pahat, pada 4 pagi hari ini.
Read more »

2 lelaki Rohingya mengaku tekong seludup PATI2 lelaki Rohingya mengaku tekong seludup PATIPOLIS menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia, dalam serbuan di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, malam tadi.
Read more »

Polis tahan 2 lelaki Rohingya terbabit sindiket seludup manusia | The Malaysian InsightPolis tahan 2 lelaki Rohingya terbabit sindiket seludup manusia | The Malaysian InsightMereka mengaku sebagai tekong dan membawa masuk pendatang asing ke negara ini, kata polis Kedah.
Read more »

Cebisan tubuh bayi dalam lubang najisCebisan tubuh bayi dalam lubang najismelaka Cebisan tubuh seorang bayi lelaki dipercayai dilahirkan awal bulan ini ditemukan dalam lubang kumbahan najis di sebuah rumah di Kampung Kandang di Melaka, petang tadi.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 22:32:48