KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di rumahnya di Karak, Bentong semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan di premis membaiki ...
: Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di rumahnya di Karak, Bentong semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan di premis membaiki motosikal yang videonya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 8.50 malam Isnin lepas daripada seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga pekerja premis berkenaan. Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati terjadi pertengkaran mulut antara pekerja berusia 20 tahun itu dengan suspek sehingga berlaku pergelutan apabila suspek cuba menyerangnya menggunakan pisau.“Siasatan mendapati punca kejadian pergaduhan disebabkan suspek berasa terganggu dengan bunyi bising ekzos motosikal yang ditunggang lelaki itu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif daripada penyalahgunaan dadah. Katanya suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 akta sama.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polisIPOH: Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) T...
Read more »
Lelaki samun kedai runcit guna parang diburu polisTASEK GELUGOR : Polis kini sedang menggiatkan usaha memburu seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun di sebuah kedai runcit di Jalan Pokok Machang, di sini, semalam.
Read more »
Polis buru enam lelaki disyaki cederakan pekerja kedai makanKUANTAN: Polis sedang memburu enam lelaki dipercayai terbabit kes mencederakan seorang pekerja kedai makan menggunakan parang di Jalan Lipis-Raub, Sel...
Read more »
Tukang masak lelaki didakwa rakam video, simpan gambar lucah lelakiSeorang tukang masak lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini, atas tuduhan merakam video lelaki lain dalam bilik mandi serta menyimpan gambar lucah lelaki tersebut.
Read more »
Polis tahan dua lelaki, rampas 145kg dadah bernilai rm4.18 juta dalam kondominiumKUALA LUMPUR: Kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin di sekitar Lembah Klang terbongkar selepas penahanan dua lelaki bersama 145 kilogram (k...
Read more »
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hampir RM11 jutaSUBANG JAYA: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Bukit P...
Read more »