Kotabharu Ramai ahli waris yang gagal mentadbir harta pusaka menyebabkan pertikaian berlaku dalam kalangan keluarga sehingga ada yang memutuskan silaturrahim
Presiden As Salihin Trustee Berhad yang juga syarikat yang mengendalikan pengagihan harta pusaka, Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, sehingga kini dianggarkan RM60 bilion harta pusaka umat Islam di negara ini terbeku disebabkan tidak diagihkan berikutan permasalahan itu kerana kurangnya kefahaman berkenaan perkara itu.
“Antara punca kepada masalah itu adalah pentadbir harta tidak faham tanggungjawab mereka dalam menguruskan harta pusaka, waris yang layak berlapis serta sukar dikenal pasti kelayakan, agihan tidak secara telus dan tiada kesedaran perancangan harta. Menurutnya, harta pusaka seseorang yang beragama Islam dibahagikan mengikut prinsip Syariah, pihaknya sebagai wasi atau pentadbir yang dilantik atas persetujuan ahli waris akan membayar zakat ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.
Abdul Aziz Peru berkata, sejak ditubuhkan pada 2004, As Salihin sudah mempunyai lebih 20,000 pelanggan menggunakan khidmat syarikat itu.