'Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021...'
KUALA LUMPUR: Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu.
Dalam video berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Allahyarham yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku dengan penuh perasaan dan menusuk kalbu.Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.
Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau. Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu. “Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Allahyarham lengkap dengan seribu satu makna.
“Penuh dengan pengajaran, motivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Allahyarham boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Shuib fobia, tahap oksigen abang Allahyarham Siti Sarah menurun - Utusan Digital“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin dan oksigen dia juga semakin menurun. Tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang.'
Read more »
Finas sedia bantu Shuib – Ahmad Idham - Utusan Digital“Bagitahulah ya, kadang-kadang tidak dapat nak pantau semua orang dalam satu masa.”
Read more »
“Terima kasih Shuib jaga sahabat saya sampai akhir hayat” – Azharina Azhar - Utusan Digital“Arwah, dulu dia aktif masuk pelbagai pertandingan dan mesti ajak saya sekali. Di Bintang RTM kami digelar belangkas, sehinggalah dia sudah berkahwin dan saya sudah ada anak.'
Read more »
“Memang marah…” – Respon Shuib kandungan video Aisar Khaled - Utusan Digital“Marah memang marah, kena ada sensitiviti. Kita tidak tahu nasib ke depan nanti macam mana?'
Read more »