Beyond the Breaking News

Lagi warga asing ditahan dalam serbuan ke atas acara Syiah di Johor, Selangor

Malaysia News News

Lagi warga asing ditahan dalam serbuan ke atas acara Syiah di Johor, Selangor
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Warga Pakistan, Yaman dan Singapura ditahan kerana pihak berkuasa agama cuba menghalang pengikut Syiah mengadakan upacara memperingati Hari Asyura. FMTNews

Pegawai JAIJ memasuki sebuah rumah di Kempas, Johor, di mana pengikut Syiah mengadakan majlis mengingati Hari Asyura. PETALING JAYA: Polis Johor dan Selangor menyerbu acara tertutup Syiah malam tadi, menahan warga asing dalam tindakan keras berterusan terhadap pengikut fahaman Islam kedua terbesar yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Islam.

Dipercayai sekurang-kurangnya 20 pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor tiba sebelum jam 11 malam diiringi polis, di satu acara tertutup di Kempas, di mana pengikut menghadiri upacara memperingati ulangtahun kematian cucu Nabi Muhammad, Hussein, watak penting dalam Syiah. “Pegawai polis dan JAIJ datang dengan trak Black Maria, dan sekurang-kurangnya 6 kereta peronda,” kata seorang saksi kepada FMT. FMT difahamkan 8 orang ditahan, termasuk seorang warga Yaman dan 2 warga Singapura. Mereka belum dibebaskan ketika berita ini disiarkan. Dipercayai mereka disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melanggar perintah sultan, mufti serta fatwa, yang membawa hukuman denda RM3,000 dan 1 tahun penjara. Di Bandar Sunway, pihak berkuasa Islam Selangor menyerbu satu acara tertutup yang dihadiri penganut Islam Pakistan sebagai mengingati Hari Asyura, dalam tindakan keras berterusan terhadap pengikut Syiah yang disokong Menteri Besar Amirudin Shari. Trak yang digunakan ketikan menahan pengikut Syiah termasuk wanita dan kanak-kanak di pusat kegiatan Syiah di Gombak, Selangor pada 6 Sept lalu. Beberapa tangkapan dibuat, sebagai tambahan terhadap 23 yang ditahan pada 6 Sept dalam serbuan Jais di sebuah pusat kegiatan Syiah di Gombak. Penangkapan terbaru itu menandakan pertentangan dari dasar lalu pada 2013 yang membolehkan orang asing mengamalkan kepercayaan mereka yang diberikan menteri hal ehwal agama ketika itu, Jamil Khir Baharom. “Kita tidak pernah kacau orang Syiah. Tetapi di Malaysia, orang Malaysia yang sudah beragama Islam, tidak boleh dikembangkan ajaran itu,” kata Jamil. Terdahulu, FMT melaporkan kedutaan Iran di Kuala Lumpur terpaksa campur tangan selepas seorang wanita Iran ditahan apabila rumahnya di Ampang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor semasa upacara tertutup mengingati Hari Asyura. Pertanyaan yang diajukan ke kedutaan itu tidak dijawab, satu petunjuk bahawa Tehran amat berhati-hati menjelang lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke Iran, yang diterima baik di Iran kerana kenyataan-kenyataan terbukanya menghentam Barat dan Washington. Sebaliknya, kementerian luar negara Iraq pada 2017 mengutuk pihak berkuasa Malaysia kerana menahan beberapa rakyatnya yang menghadiri acara tertutup Hari Asyura di Serdang, Selangor. Mereka dibebaskan selepas campur tangan kedutaan Iraq di Kuala Lumpur. Pihak berkuasa agama di Malaysia sejak sekian lama menguatkuasakan fatwa mengisytiharkan ajaran Syiah sebagai “sesat”, melancarkan serbuan yang menyasarkan warga tempatan. Syiah, fahaman Islam kedua terbesar yang mempunyai banyak pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi, Yaman dan Pakistan. Tetapi pihak berkuasa Islam negeri mengisytiharkan ajarannya sebagai “menyimpang”, dengan khutbah di Selangor sering mengutuk pengikutnya sebagai sesat.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Dua dah ditangkap, seorang lagi diburu [METROTV]Dua dah ditangkap, seorang lagi diburu [METROTV]langkawi KUMPULAN dikenali ‘Geng Kecik’ dikesan aktif dalam kegiatan samun bersiri kedai serbaneka 24 jam di sekitar Langkawi, sejak empat bulan lalu.
Read more »

Tahap jerebu Sri Aman meningkat, 2 lagi kawasan makin pulih | The Malaysian InsightTahap jerebu Sri Aman meningkat, 2 lagi kawasan makin pulih | The Malaysian InsightSetakat pukul 4.00 petang ini, bacaan IPU Sri Aman meningkat daripada 236 pukul 12 tengah hari ini kepada 241.
Read more »

Khutbah kutuk Syiah, serbuan Jais titik hitam dalam sejarah Malaysia, kata aktivisKhutbah kutuk Syiah, serbuan Jais titik hitam dalam sejarah Malaysia, kata aktivisPengarah IRF, Ahmad Farouk Musa berkata pemimpin amat takut dengan 'Napoleon-napoleon kecil' di badan-badan agama seolah mereka penjaga pintu syurga dan neraka. FMTNews
Read more »

Seorang lagi masih hilangSeorang lagi masih hilangkualalangat Seorang daripada dua nelayan yang hilang selepas bot dinaiki dilanggar sebuah kapal dagang kelmarin, ditemui lemas, semalam.
Read more »

Lagi geng basikal lajak ditahanLagi geng basikal lajak ditahanKUALA LUMPUR 9 Sept.- Sekumpulan remaja yang menunggang basikal lajak secara berbahaya di sekitar Taman Berlian, Gombak dekat sini ditahan hari ini selepas dikesan mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
Read more »



Render Time: 2026-07-19 05:53:38