AlorSetar Apabila suhu melebihi 35 sehingga 40 darjah celcius, orang ramai akan lebih terdedah kepada strok haba.
Galeri Kurangkan aktiviti luar PEKERJA ladang getah milik FGV Plantation di Felda Laka Selatan, Rusman Sukarman, 26, membasahkan muka berikutan cuaca panas yang melanda negara. Fenomena cuaca panas ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung Mac ini.
Shahrizal Md Noor Zuliaty Zulkiffli [email protected] ORANG ramai terutamanya golongan petani dan pekerja binaan perlu mengurangkan aktiviti luar pada musim cuaca panas melampau yang turut melanda Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sekiranya seseorang itu terdedah terlalu lama kepada cuaca panas dan kurang minum air, ia boleh meningkatkan risiko strok haba terutama kepada warga emas dan kanak-kanak.