Koperasi Usahawan Groom Big Terengganu Berhad (Kuganu) menyasarkan jualan produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebanyak RM350,000 pada tahun ini berbandingRM50,000 yang direkodkan pada tahun lalu.
KUALA NERUS: Koperasi Usahawan Groom Big Terengganu Berhad menyasarkan jualan produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana sebanyak RM350,000 pada tahun ini berbandingRM50,000 yang direkodkan pada tahun lalu.
Menurutnya, ketika ini, terdapat lebih 50 produk didaftarkan kod unik di Hub Kuganu yang terletak di Kompleks Usahawan Terengganu dekat Kubang Jela, Manir dekat sini. “Walaupun baru hampir empat tahun Kuganu ditubuhkan, banyak manfaat telah diperoleh usahawan-usahawan, malah dividen keuntungan koperasi telah diberikan pada tahun lalu buat kali pertama dan kita menjangka nilai dividen pada tahun ini akan lebih baik,” katanya.
Pada majlis itu, terdapat tujuh Memorandum Persefahaman yang telah dimeterai antara Kuganu dan beberapa syarikat untuk membantu mereka dalam aspek pemasaran, pengurusan serta hub pengumpulan dan produk IKS Terengganu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
T’ganu customs seize 4.7m sticks of smuggled cigarettesMohd Nadzri said investigations and surveillance revealed that cigarette smuggling activities was focused in the north of Terengganu, namely from Besut to Setiu. theSun thesundaily Terengganu JKDM smugglecigarettes Customs
Read more »