Beyond the Breaking News

Kucing's Collars: A Double-Edged Sword?

Animal Behavior News

Kucing's Collars: A Double-Edged Sword?
Cat CollarsLocationCat Behavior

News text about the potential negative effects and benefits of using cat collars to help locate cats at home and in outdoor environments.

pada kolar kucing sering digunakan oleh pemilik haiwan peliharaan bagi memudahkan mereka mengesan lokasi kucing, selain membantu mengurangkan pemangsaan hidupan liar. Namun begitu, timbul persoalan sama ada bunyi loceng yang sentiasa berada dekat dengan telinga kucing boleh memberi kesan terhadap pendengaran, emosi dan kebajikan haiwan tersebut.

Pensyarah kanan dari Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia , Dr. Syamira Syazuana Zaini berkata, pendengaran kucing merupakan antara yang paling tajam berbanding haiwan lain kerana mampu mendengar frekuensi sehingga 64,000 Hz, berbanding manusia yang hanya sekitar 20,000 Hz. Walau bagaimanapun, bunyi loceng pada kolar lazimnya berada pada tahap 50 hingga 60 desibel , iaitu tidak cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan fizikal pada pendengaran kucing.

“Dalam konteks penggunaan loceng pada kolar, risiko kerosakan pendengaran jangka panjang tidak semestinya berlaku kerana tahap desibel bunyi yang dihasilkan masih berada dalam julat rendah,” katanya kepada Seri. Walaupun tidak merosakkan pendengaran, bunyi loceng yang berterusan berpotensi menyebabkan stres atau kebimbangan kepada sesetengah kucing, terutama yang mudah takut atau sensitif.

“Bunyi yang kerap dan berterusan boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang. Tambahan pula, kucing ialah pemangsa yang menyergap, dan pemakaian loceng mendedahkan lokasi mereka setiap kali bergerak,” jelasnya. Keadaan ini boleh mengganggu naluri semula jadi kucing, sekali gus menyebabkan mereka berasa tidak selesa atau kecewa. Pada masa yang sama, pemakaian loceng pada kolar sebenarnya mempunyai beberapa manfaat tertentu, terutama bagi kucing yang berada di luar rumah.

Beliau berkata, dapatan kajian literatur menunjukkan kolar membolehkan pengenalan diri secara visual selain pemasangan peranti penjejak frekuensi radio bagi mengesan lokasi kucing melalui GPS. Sesetengah pemilik juga menggunakan kolar dan tag nama untuk menunjukkan bahawa kucing tersebut mempunyai pemilik, dengan tag ID mengandungi maklumat hubungan bagi memudahkan proses dihubungi sekiranya haiwan itu hilang. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan pemasangan mikrocip kekal menjadi kaedah pengenalan diri paling selamat dan kekal.

Kajian oleh Royal Society for the Protection of Birds menunjukkan penggunaan loceng pada kolar kucing boleh mengurangkan bilangan burung yang ditangkap oleh haiwan tersebut.

“Walaupun loceng mungkin tidak menghentikan sepenuhnya kucing daripada menangkap hidupan liar, ia tetap membantu mengurangkan kes pemangsaan,” katanya. Kolar yang mempunyai jalur pemantul cahaya boleh membantu kucing yang berada di luar rumah pada waktu malam untuk lebih mudah dilihat, terutama ketika melintasi jalan. Menurutnya, tidak semua kucing sesuai memakai loceng kerana kesesuaiannya bergantung kepada individu serta gaya hidup haiwan tersebut sama ada tinggal di dalam atau di luar rumah.

Antara tanda kucing tidak selesa termasuk tingkah laku menggaru atau menggosok secara berlebihan, selain masalah pada bulu dan kulit seperti bulu bergumpal , keguguran bulu serta kemerahan kulit. Dr. Syamira berkata, terdapat beberapa alternatif yang lebih selamat bagi tujuan mengenal pasti atau menjejak kucing tanpa menggunakan loceng. Antaranya ialah mikrocip, tag nama jenis rata yang tidak berbunyi tetapi mengandungi maklumat pemilik, serta kolar jenis ‘breakaway’ atau ‘snap-open’ yang boleh terbuka sendiri jika kucing terperangkap.

“Untuk penggunaan tanpa pengawasan, pemilik disarankan memilih kolar yang mudah terbuka bagi mengurangkan risiko terjerat,” katanya. Terdapat juga pilihan kolar kertas yang mudah koyak dan boleh ditulis maklumat pemilik, namun keberkesanannya masih kurang dikaji. Mengulas dari sudut kebajikan haiwan, beliau berkata penggunaan loceng tidak boleh dianggap sepenuhnya betul atau salah kerana ia melibatkan keseimbangan antara tanggungjawab ekologi dan keselesaan kucing. Namun bagi kucing dalam rumah, bunyi berterusan boleh menyebabkan tekanan emosi.

Beliau turut menegaskan bahawa pemilihan kolar jenis breakaway adalah penting bagi mengelakkan risiko tercekik. Tambah beliau, berat dan saiz loceng memainkan peranan penting dalam menentukan tahap keselesaan kucing. Loceng terlalu besar dan berat boleh memberi tekanan pada otot leher serta meningkatkan risiko kucing tersangkut.

“Pemilik perlu memilih loceng yang ringan dan kecil. Idealnya sekitar satu hingga dua gram untuk anak kucing atau kira-kira 0.5 peratus daripada berat badan kucing dewasa,” katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Cat Collars Location Cat Behavior Stress Collars Stressors

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Rosalind Jubit Dominates Sodop Huminodun KDCA Inanam 2026 PageantRosalind Jubit Dominates Sodop Huminodun KDCA Inanam 2026 PageantRosalind Jubit secured a double victory at the Sodop Huminodun KDCA Inanam 2026, winning both the main title and the public choice award during the cultural celebration.
Read more »

US-Iran peace talks, chip stocks retreat, oil prices lower, Nvidia, Microsoft climbUS-Iran peace talks, chip stocks retreat, oil prices lower, Nvidia, Microsoft climbThe S&P 500 ended lower on Thursday, with Intel and other chip stocks retreating after a recent rally, while uncertainty around US-Iran peace talks weighed on the wider market. US-listed shares of Arm Holdings tumbled, and Intel and Advanced Micro Devices both declined about 3%. Oil prices edged lower, trading around US$100 per barrel. Nvidia and Microsoft both climbed almost 2%.
Read more »

Arteta Urges Arsenal to Stay Focused Amidst Title and Champions League Final ChaseArteta Urges Arsenal to Stay Focused Amidst Title and Champions League Final ChaseArsenal manager Mikel Arteta has called on his players to remain fully focused on their upcoming Premier League clash against West Ham United, despite the looming Champions League final. With a five-point lead at the top of the league and a historic double within reach, Arteta emphasized the importance of maintaining their hunger and desire as they enter the final stretch of the season.
Read more »



Render Time: 2026-05-24 16:35:13