KualaLumpur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa disyaki dijangkiti wabak Covid-19.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan, hari ini, berkata anggota berkenaan dipercayai dijangkiti melalui isterinya yang mempunyai kontak rapat dengan rakan sekerja yang juga disyaki menghidapi virus itu.
Menurutnya, ketika ini seluruh keluarga anggota itu diklasifikasikan sebagai Person Under Investigation dan sedang menjalani kuarantin seperti digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia . “TLDM turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan kuarantin kepada warga KD Mahawangsa selepas maklumat mengenai tanda atau jangkitan Covid-19 diterima.
“Tindakan sama sudah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan dan prosedur ini juga dilaksanakan kepada kru KD LEKIU yang tamat penugasan mengiringi kapal Petronas Floating Liquified Natural Gas 2 dari Korea Selatan pada 4 Mac lalu,” katanya.“TLDM masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti biasa serta tidak terjejas dengan penularan Covid-19.
“Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan perlu mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KD Mahawangsa crew under quarantine over Covid-19 scare | The Malaysian InsightThey are classified as persons-under-investigation for now.
Read more »
190 kru KD Mahawangsa dikuarantin | The Malaysian InsightSelepas seorang anak kapal itu disyaki dijangkiti Covid-19.
Read more »
KD Mahawangsa crew under quarantine over Covid-19 scare | The Malaysian InsightThey are classified as persons-under-investigation for now.
Read more »
Covid-19: Sabah buka lima pusat kuarantinkotakinabalu Kerajaan Sabah membuka lima pusat kuarantin di beberapa daerah bagi menempatkan Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) Covid-19 di negeri itu..
Read more »
190 kru KD Mahawangsa dikuarantin | The Malaysian InsightSelepas seorang anak kapal itu disyaki dijangkiti Covid-19.
Read more »
US senators sold stock before virus hit, sparking 'insider' accusationsStock trading adds fuel to accusations that Trump administration knowingly hid Covid-19 threat from public.FMTNews Covid19
Read more »