KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menyita barangan kawalan berjadual dianggarkan bernilai RM13,795...
: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perlis menyita barangan kawalan berjadual dianggarkan bernilai RM13,795.38 dalam serbuan di sebuah pasar raya di Padang Besar semalam selepas dipercayai beroperasi tanpa lesen runcit barang kawalan berjadual yang sah.
Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar berkata barangan yang disita melibatkan 1,537 kilogram gula pasir, tepung gandum 1kg , tepung gandum 850 gram , minyak masak 2kg dan minyak masak 5kg . “Ketika pemeriksaan, penguat kuasa KPDN Perlis telah bertemu dengan pengurus pasar raya berkenaan bagaimanapun menghadapi kekangan susulan pengurus itu yang merupakan warganegara Nepal tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam kenyataan.
Norazah berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati peniaga premis perniagaan runcit itu gagal mengemukakan suatu lesen atau kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia untuk berurus niaga barang kawalan berjadual iaitu gula pasir, minyak masak dan tepung gandum. Sehubungan itu, beliau berkata satu tindakan kes telah diambil terhadap peniaga premis perniagaan runcit itu dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KPDN rampas diesel, dua tangki skid bernilai lebih RM100,000KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas sejumlah 25,000 liter minyak diesel dan dua tangk...
Read more »
KPDN Perak sita pakaian tiruan bernilai lebih RM15,000IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 673 helai pakaian tiruan bernilai RM15,389 dalam serbuan di sebuah ...
Read more »
KPDN Terengganu rampas barang tiruan dijual di TikTokJERTIH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas pelbagai barangan berjenama tiruan bernilai RM30,000 di seb...
Read more »
KPDN Perak sita 63 tong LPG disimpan tanpa lesenIPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 63 tong gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai rampasan keseluruha...
Read more »
Perak KPDN seizes 63 illegal LPG cylinders, detains ownerIPOH: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) seized 63 cylinders of liquefied petroleum gas (LPG) valued at RM5,139.60 suspected to hav...
Read more »
Kelantan KPDN seizes 744kg of sugar in smuggling attempt in TumpatKOTA BHARU: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) in Kelantan seized 744 kilogrammes of coarse granulated sugar transported in two car...
Read more »