Beyond the Breaking News

Kos penghasilan drama kekal sejak 30 tahun

Malaysia News News

Kos penghasilan drama kekal sejak 30 tahun
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kos penghasilan drama kekal sejak 30 tahun

DUNIA penghasilan drama, sama ada untuk tontonan stesen televisyen tempatan dan swasta atau perkhidmatan penstriman, semakin rancak dengan kemunculan lambakan naskhah yang semakin hari, semakin meningkat dari segi kualiti.

Hakikatnya, kos pembikinan drama tempatan sebenarnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan drama luar negara seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang jumlah tontonannya lebih besar. Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia , Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata kos pembikinan drama antara Malaysia dan negara luar seperti Amerika Syarikat atau Korea Selatan menunjukkan perbezaan yang ketara dari semasa ke semasa.

“Untuk Drama tempatan satu episod, Viu, Iqiyi, Netflix memperuntukan kira-kira RM150,000 hingga RM200,000. Syarikat televisyen kerajaan dan swasta pula memperuntukkan sekitar RM40,000 hingga RM60,000.

“Berbeza dengan drama yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang pembikinannya menelan kos sehingga A$D100,000 hingga A$D200,000. “Sebagai contoh, BBC bekerjasama dengan stesen TV United Kingdom iaitu Chanel 4 untuk menghasilkan drama bersiri Lord of The Flies yang penggambarannya berlokasi di Langkawi, menelan kos sebanyak RM40 juta. Ini menunjukkan perbezaan yang jauh ketara dengan kos pembikinan drama Malaysia,” katanya. Kata Azmir, kos pembikinan drama sepatutnya meningkat seiring peningkatan sara hidup dari semasa ke semasa.

“Rungutan daripada penerbit tempatan adalah kos tidak meningkat sejak 30 tahun lalu. Daripada era 90-an kekal hingga sekarang.

“Walhal kos minyak sudah meningkat, begitu juga gaji pekerja pun bertambah. Tapi kos pembikinan masih sama. Itu cabarannya.

“Sebab itu syarikat produksi tempatan tidak berani untuk menghasilkan drama siri yang tidak ditonton masyarakat, lebih selamat membikin naskah percintaan, curang, kekeluargaan dan sebagainya,” kongsinya. Disoal mengenai stesen TV sebagai penentu kandungan, Azmir beranggapan mereka lebih arif menentukan jenis drama yang mendapat sambutan dan ditonton ramai.

“Saya pasti stesen TV telah melakukan ‘try and error’, mencuba pelbagai usaha untuk menentukan naskhah mana yang menerima sambutan yang paling tinggi. “Saya pasti mereka juga memperuntukan dana yang besar bagi drama-drama kompleks, namun tidak mendapat sambutan. Tapi cerita yang lebih ke arah percintaan dan curang ini yang mendapat sambutan,” ujarnya. Azmir dalam pada itu berpadangan stesen TV perlu menjadi platform yang berevolusi seiring dengan permintaan masyarakat.

“Contoh seperti BBC Channel, daripada saluran berita kemudian berevolusi kepada stesen TV dokumentari yang menjadi rujukan dan kemudian beralih kepada penghasilan drama. “Sama juga dengan ABC Channel yang berevolusi daripada saluran berita kepada penghasilan kandungan untuk kanak-kanak. “Di Malaysia, contoh seperti RTM atau saluran TV Swasta, ada komponen pembangunan. Bagi saya stesen TV yang ada di Malaysia perlu berani melabur untuk menghasilkan drama-drama yang bukan komersial dan membuka minda.

“Saya yakin, stesen TV mampu mencipta permintaan. Hal ini sama seperti muzik yang mana jika genre itu diketengahkan, barulah ada permintaan. Tetapi, perkara ini tidak memakan masa sehari dua,” kongsinya lagi.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Keseimbangan Trilema Tenaga penting bagi kelestarian ekonomi negaraKeseimbangan Trilema Tenaga penting bagi kelestarian ekonomi negaraKeseimbangan antara keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian perlu terus menjadi keutamaan dalam usaha negara melaksanakan peralihan tenaga secara berperingkat.
Read more »

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Ramai, Khemah Mina Kekal Bersih Selepas DitinggalkanJemaah Haji Malaysia Dipuji Ramai, Khemah Mina Kekal Bersih Selepas DitinggalkanInilah mentaliti kelas dunia.
Read more »

Ops Kesan 6.0 dilancar bendung pencatutan hargaOps Kesan 6.0 dilancar bendung pencatutan hargaPUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2026 bagi membendung aktiviti pencatutan harga
Read more »

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Ramai, Khemah Mina Kekal Bersih Selepas DitinggalkanJemaah Haji Malaysia Dipuji Ramai, Khemah Mina Kekal Bersih Selepas DitinggalkanInilah mentaliti kelas dunia.
Read more »



Render Time: 2026-07-15 05:03:09