Seremban Kerajaan belum memutuskan untuk menyekat penerbangan dari China susulan penularan koronavirus baharu (2019-nCoV).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, tiada juga penangguhan sementara ke atas penerbangan itu kerana mengelak implikasi membabitkan perjalanan rakyat kedua-dua negara.
“Kita tidak boleh hentikan penerbangan kerana terdapat ramai warga China di negara ini dan kalau kita hentikan penerbangan, sudah tentu mereka akan terkandas di sini . “Apapun, kerajaan berhati-hati dan langkah proaktif adalah ketatkan pemeriksaan di lapangan terbang dan pintu masuk yang sedia ada bagi mengelak penularan wabak koronavirus,” katanya.
Anthony Loke berkata, setakat ini hanya kerajaan Sabah yang mengambil langkah tidak membenarkan kemasukan pelancong China dan menghentikan semua penerbangan dari Sabah ke Wuhan, China dan sebaliknya, berikutan wabak itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pegawai dan anggota TLDM di China bebas koronaviruskualalumpur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan pegawai dan anggota Pasukan Projek Kapal Misi Pesisir (PPLMS) yang berada di China untuk pemantauan projek dan latihan tidak dijangkiti wabak koronavirus baharu.
Read more »
Penduduk China guna botol plastik lindungi diri dari koronavirusTindakan terdesak beberapa individu elak diri daripada dijangkiti koronavirus dengan memakai botol plastik. FMTNews FMTOhsem Koronavirus China
Read more »
Sarawak henti kemasukan pelajar China susulan koronavirusJawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata arahan itu akan berkuatkuasa sehingga notis selanjutnya. FMTNews Sarawak
Read more »
Pekerja ECRL warga China diberi cuti ketidakhadiran susulan koronavirusPekerja ECRL yang kembali ke kampung halaman dinasihatkan oleh majikan mereka untuk menangguhkan perjalanan kembali ke Malaysia. FMTNews ECRL
Read more »
Angka korban koronavirus di China cecah 213Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, 43 kematian baru dicatatkan, semuanya kecuali satu kes berlaku di Hubei. FMTNews AngkaKorban Koronavirus China
Read more »
Koronavirus, semua penerbangan China dilarang masuk Itali | The Malaysian Insight
Read more »