Korea Utara lancar ujian peluru berpandu, Jepun dan Korea Selatan berjaga-jaga
SEOUL: Korea Utara sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak pendek ke arah pantai timurnya hari ini dalam insiden pertama sejak lebih dua bulan lalu, menurut kenyataan tentera Korea Selatan.
Pengawal Pantai Jepun mengesahkan satu projektil, dipercayai peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Korea Utara, jatuh ke dasar laut. Menurut sumber kerajaan Jepun dipetik oleh agensi berita Kyodo, tiada laporan mengenai sebarang kerosakan akibat peluru berpandu yang disyaki itu. Kali terakhir Korea Utara melancarkan peluru berpandu adalah pada 1 Julai lalu, dengan negara itu mendakwa berjaya menguji peluru berpandu balistik taktikal baharu yang mampu membawa hulu ledak bersaiz 4.5 tan.
Selain itu, Korea Utara juga didakwa menghantar belon yang membawa sampah melintasi sempadan ke Korea Selatan dalam beberapa hari kebelakangan ini, sebagai tindak balas terhadap kempen aktivis Korea Selatan menggunakan belon untuk menghantar risalah anti-Pyongyang ke negara itu sejak Mei lalu. -AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Syarikat Korea, Jepun antara pelabur SG4Syarikat Korea, Jepun antara pelabur SG4 Syarikat Korea, Jepun antara pelabur SG4
Read more »
Jepun, Korea Selatan perbaiki hubunganJepun, Korea Selatan perbaiki hubungan
Read more »
Korea Selatan dilanda krisis pornografi deepfakeKorea Selatan dilanda krisis pornografi deepfake
Read more »
Keganasan siber cabaran Korea Selatan, perlu kerjasama pihak antarabangsaKeganasan siber cabaran Korea Selatan, perlu kerjasama pihak antarabangsa
Read more »
Pegawai Korea Utara Dihukum Bunuh Kerana Gagal Atasi Masalah BanjirBanjir di Wilayah Chagang itu telah mengorbankan lebih 4,000 nyawa akibat kesan banjir serta tanah runtuh.
Read more »
MAQIS tahan kontena makanan berasas haiwan dari Korea Selatan bernilai lebih RM10,000SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan sebuah kontena berisi pelbagai makanan berasaskan haiwan b...
Read more »