kualaterengganu Tindakan seorang kontraktor membenarkan empat warga asing tanpa permit berada di premisnya membawa padah apabila dijatuhi hukuman denda RM24,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Roslan Mohamad, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E akta yang sama.
Mahkamah turut mengarahkan Roslan dipenjara selama empat bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, Roslan didakwa sebagai penduduk tempatan membenarkan empat imigran haram berusia antara 18 hingga 47 tahun tinggal dan masuk di premisnya di sebuah tapak projek membina dan menyiapkan 68 unit rumah teres dua tingkat di mukim Kubang Parit.Bagi kesalahan itu, Roslan berdepan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram dijumpai di dalam premis, jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Nooriah menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap imigran haram yang berada di premisnya. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu, Noraznie Alias dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM10,000 reward for info on kitten set on fireKUALA LUMPUR (Bernama): The Malaysian Animal Association is offering RM10,000 reward for anyone who can come forward with detailed information on an incident where a kitten was set ablaze.
Read more »
Ex-Terengganu varsity assistant registrar gets five years’ jail, RM89,000 fine for bribery | Malay MailKUALA TERENGGANU, July 19 — A former employee of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) was today sentenced to five years in prison and fined RM89,600 for accepting bribes two years ago. Sessions Court Judge Jamaluddin Mat meted out the sentence against Fazrul En Hassan, 41, after finding that the...
Read more »
MMEA seizes RM160,000 worth of drugs in Tanjung Piai watersJOHOR BARU: The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has seized RM160,000 worth of drugs from a man impersonating as a fisherman in Tanjung Piai waters.
Read more »
RM10,000 reward for information on kitten set on fireKUALA LUMPUR: The Malaysia Animal Association is offering RM10,000 reward for anyone who can come forward with detailed information on an incident whe...
Read more »
RM10,000 reward for info on kitten set on fire | The Malaysian InsightRM10,000 reward for info on kitten set on fire
Read more »