Sentuhan Zulkifli Samion kembali diperlukan. utusanonline
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Sentuhan Zulkifli Samion kembali diperlukan Kuala Lumpur untuk mencapai sasaran mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-79, 2019 di Kedah yang bermula esok.
Bekas jurulatih skuad Piala Presiden Kuala Lumpur dan Felda United itu mendapat kepercayaan semula Persatuan Bola Sepak Melayu Kuala Lumpur selepas mereka gagal melepasi peringkat kumpulan pada musim lalu. “Musim lalu, Kuala Lumpur dilatih Mat Zan Mat Aris tetapi musim ini kami dapat kembali khidmat Zulkifli yang pernah bawa pasukan ke separuh akhir PERR 2017. Dia juga seorang jurulatih berpengalaman. “Kami yakin Kuala Lumpur akan kembali ke tahap membanggakan,” kata Presiden PBMKL, Datuk Ramlan Askolani pada majlis pelancaran pasukan di Restoran Warisan, Dataran Merdeka di sini, semalam. Kuala Lumpur diundi dalam Kumpulan D PERR yang beraksi di Universiti Utara Malaysia, Sintok dengan tuan rumah, Kedah, Perlis dan Perak yang menjadi lawan sulungnya, Ahad ini. Kuala Lumpur pernah bergelar juara kejohanan tersebut sekali iaitu pada 1994 dengan mengalahkan Perlis 2-1. “Bukan masalah besar untuk bermain di utara Semenanjung dengan ketiga-tiga lawan Kumpulan D juga dari sana dan mungkin memberikan kelebihan gelanggang dan penyokong sendiri. “Kuala Lumpur pernah bermain di Perlis dalam PERR 2017 dan mengalahkan tuan rumah yang dilabel pasukan pilihan ketika itu. “Saya rasa saingan PERR terbuka kerana tanpa pemain Liga Super dan Perdana. Kuala Lumpur juga membuat persediaan rapi bagi menghadapinya dengan memenangi tiga perlawanan pemanas badan, baru-baru ini,” katanya. “Antaranya kami mengalahkan Kingstown Klang FC 4-0 dan Kilat Metro, seri dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur FC dan kalah tipis 2-1 kepada PDRM . “Kami kekalkan 10 pemain musim lalu dan digandingkan dengan pemain Piala Presiden Selangor, Kuala Lumpur dan Felda United. Dengan disiplin tinggi dan latihan pesat serta pengalaman Zulkifli, kami letakkan sasaran mereka ke perlawanan akhir,” katanya. Ramlan ialah bekas pemain Kuala Lumpur dari 1982 hingga 1990 yang pernah menjulang Piala Malaysia tiga kali selain memiliki 15 penampilan antarabangsa bersama skuad negara. - UTUSAN ONLINE
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Raja Muda Perlis melawat mangsa kebakaranKANGAR 12 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat mangsa kebakaran di Kampung Raja Congah, Abi Padang Melangit, Kangar pada petang semalam.
Read more »
Police to investigate inflammatory posts on Twitter against Raja PermaisuriPETALING JAYA: Police have initiated an investigation after inflammatory comments were made on Twitter against the Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah...
Read more »
Polis terima laporan hina Raja Permaisuri Agong dalam TwitterKUALA LUMPUR 13 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri&8217;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam Twitter, semalam.
Read more »
Agong, Raja Permaisuri wish Malaysian Chinese a happy Mid-Autumn Festival | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 13 ― The Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and the Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, conveyed Mid-Autumn Festival greetings to the Chinese community in the country who celebrate the festival...
Read more »
Rindu posting Tunku Azizah, ‘Raja Permaisuri Agong kirim salam pada semua’Teme Abdullah mengadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri bagi mempersembahkan karyanya semalam gembira dapat melihat Raja Permaisuri Agong kembali tersenyum. FMTNews
Read more »




