Beyond the Breaking News

KKM perluas pusat rawatan kanser seluruh negara, kata menteri | The Malaysian Insight

Malaysia News News

KKM perluas pusat rawatan kanser seluruh negara, kata menteri | The Malaysian Insight
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KKM perluas pusat rawatan kanser seluruh negara, kata menteri

Dr Zaliha Mustafa berkata ramai antara pesakit kanser perlu bertumpu untuk mendapatkan rawatan di Lembah Klang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Jun, 2023. KEMENTERIAN Kesihatan sedang berusaha untuk memperluas pusat rawatan kanser di seluruh negara bagi memastikan akses yang saksama kepada rawatan kanser berkualiti tinggi dan penjagaan untuk pesakit barah.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, kebanyakan pusat rawatan kanser terletak di bandar utama terutamanya di Lembah Klang, yang menyebabkan pesakit kanser dari pekan kecil melakukan perjalanan jauh untuk menerima rawatan. “Ramai antara pesakit kanser perlu bertumpu khususnya di Kuala Lumpur, kita juga sedang melihat jangka masa panjang untuk melihat melalui pengezonan kalau ada rezeki, dan rancangan jika diperlukan pusat rawatan kanser di zon utara, timur, Sabah dan Sarawak, itu ialah pelan jangka panjangnya. “Kalau kita lihat dari segi kos efektif ialah membina pusat rawatan kanser yang berhampiran dengan pesakit, itu yang saya lihat, kalau kita buat mengikut zon ia lebih sesuai untuk kita laksanakan,” katanya selepas merasmikan “Against all odds - A Tribute” di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, kementerian maklum dengan keperluan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan fasiliti penjagaan kesihatan khususnya dalam bidang onkologi, termasuk melabur dalam teknologi maju, melatih profesional penjagaan kesihatan dan memperluas pusat rawatan kanser untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. “Saya perlu tekankan menangani cabaran kanser yang kompleks memerlukan usaha kolektif. Kita perlukan penyertaan aktif profesional penjagaan kesihatan, masyarakat awam, sektor swasta dan individu itu sendiri untuk mewujudkan respons yang komprehensif dan bersepadu,” katanya. Dalam ucapan perasmiannya, Dr Zaliha mengucapkan tahniah kepada semua bekas pesakit kanser serta penghargaannya terhadap semua profesional penjagaan kesihatan atas usaha gigih dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk kesejahteraan pesakit kanser. Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan mengenai penemuan lebih 43,000 pelajar sekolah didapati merokok, beliau berkata Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan di Parlimen minggu depan, sebagai langkah pencegahan mengawal budaya merokok. “Kita akan bentangkan rang undang-undang berkenaan pada sesi Parlimen minggu depan di samping kerjasama antara agensi, kementerian dan pihak swasta ,” katanya. Dr Zaliha berkata, Kertas Putih Kesihatan juga akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun ini. – Bernama, 10 Jun, 2023.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

msianinsight /  🏆 8. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Probe underway to find cause of 13-container blaze | The Malaysian InsightProbe underway to find cause of 13-container blaze | The Malaysian InsightAll aspects will be investigated, including false declarations.
Read more »

More students score straight As in SPM | The Malaysian InsightMore students score straight As in SPM | The Malaysian InsightAverage grade index is also better compared to that of 2021.
Read more »

PAC saran ketua audit negara dilantik segera | The Malaysian InsightPAC saran ketua audit negara dilantik segera | The Malaysian InsightPengerusinya Mas Ermieyati Samsudin berkata kerajaan perlu hentikan amalan melantik ketua audit negara daripada dalam kalangan mantan KSU.
Read more »

Malaysia-Indonesia ties at level both nations can be proud of, says PM | The Malaysian InsightMalaysia-Indonesia ties at level both nations can be proud of, says PM | The Malaysian InsightAnwar says this is a result of the close relationship between him and Joko Widodo.
Read more »

Anggota polis cedera ketika cuba tahan suspek | The Malaysian InsightAnggota polis cedera ketika cuba tahan suspek | The Malaysian InsightSuspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah.
Read more »

UK’s only Green Party MP will resign at next election | The Malaysian InsightUK’s only Green Party MP will resign at next election | The Malaysian Insight62-year-old says she ‘struggled’ to champion environmental causes while fulfilling current role.
Read more »



Render Time: 2026-07-13 13:09:04