putrajaya Kajian terhadap ubat Tocilizumab bagi merawat pesakit Covid-19 masih dijalankan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Semasa mengesahkan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kajian itu bersama sebuah universiti tempatan, Dr Noor Hisham berkata, beliau berharap penyelidikan itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya dalam mengekang pandemik Covid-19.
“Apa yang penting kita kena lihat cara menjalankan penyelidikan itu di empat hospital, kalau tak silap saya dan kita harap mereka mematuhi prosedur operasi standard dan tatacara menjalankan penyelidikan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini. Sebelum ini, beliau berkata, ketiga-tiga ubat iaitu Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia digunakan bagi merawat penyakit lain didapati berkesan untuk merawat pesakit positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH Laporan media sebelum ini menyatakan Pusat Perubatan Universiti Malaya bersama Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akan memulakan ujian klinikal bagi mencari penawar Covid-19 pada pertengahan April ini.Dilaporkan, kajian terhadap Tocilizumab yang sebelum ini dijadikan penawar bagi radang sendi atau artritis rheumatoid, akan tertumpu kepada perbandingan Tocilizumab secara intravena dengan dos tinggi corticosteroid pada 300 pesakit teruk Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KKM: Ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara jadi wad pesakit Covid-19Semalam 118 kes baru Covid-19 dicatatkan di seluruh negara menjadikan keseluruhan kes positif 4,346 orang. FMTNews KKM Covdi19
Read more »
Bangladesh gantung tugas 6 doktor enggan rawat pesakit Covid-19Menurut laporan, terdapat kekurangan PPE untuk kakitangan penjagaan kesihatan yang menjalankan ujian saringan untuk Covid-19. FMTNews Bangladesh Covid19
Read more »
Saintis guna plasma darah bekas pesakit Covid-19 rawat kes positif, berjaya!Keputusan penggunaan plasma darah untuk merawat pesakit Covid-19 dikira menakjubkan kerana ia pernah digunakan ketika wabak selesema Sepanyol pada 1919. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Covid-19 will lead to social unrest, revolutionsNSTopinion: Behind the doors of quarantined households, in the lines of soup kitchens, in prisons and slums and refugee camps – tragedy and trauma are building up. One way or another, these pressures will erupt.
Read more »
Covid-19: Lupakan sahaja Liga Mbolatime Keputusan membatalkan terus saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini perlu dilakukan secara muktamad secepat mungkin tanpa perlu berselindung lebih lama lagi.
Read more »
1 in 12 samples from tabligh cluster Covid-19 positive | The Malaysian InsightFive generations of infections total 1,720, ministry data shows.
Read more »