Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu. - AL-FATIHAH
KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.08 malam tadi akibat jangkitan pada injap jantung.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook, Khalid, 76, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu. Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah. Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
125 injured when al-Sadr supporters, security forces clash in IraqDue to political differences, a new Iraqi government has not been formed since early parliamentary elections were held last October. theSun theusndaily Iraq alSadr protester politicaldifferences
Read more »
Ex-Selangor MB Khalid Ibrahim passes away at age 76KUALA LUMPUR, July 31 — Former Selangor menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim passed away tonight, after a long battle with illness. According to a post on his official...
Read more »
Wanita maut dibaham buayaKOTA KINABALU: Aktiviti memancing bertukar tragedi apabila seorang wanita dibaham buaya di sungai berhampiran Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya, Kota Kinabatangan semalam.
Read more »
Sembilan pesilat negara mara ke final Kejuaraan DuniaSelepas tiga emas diraih dalam acara artistik kelmarin, sasaran tujuh emas yang diletakkan kian menjadi kenyataan apabila sembilan lagi pesilat berpeluang memburu gelaran juara.
Read more »