Nama lain yang disebut adalah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Khairy bagaimanapun bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkenaan dakwaan itu.
Dalam prosiding mahkamah baru-baru ini, nama Khairy disebut sebagai antara penerima dana daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara , UKSB. Nama-nama tersebut didedahkan saksi pendakwaan ke-17 , David Tan dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika menunjukkan kandungan buku lejar disimpan dalam sebuah pendrive.
Wan Quoris merupakan saksi pendakwaan ke-16 mendedahkan, sumbangan tersebut tidak diberikan secara tetap atau bulanan, namun disalurkan bergantung kepada keperluan.