Khairuddin letak jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

Malaysia News News

Khairuddin letak jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Khairuddin Abu Hassan secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) berkuat kuasa serta-merta tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat berkuat kuasa serta-merta tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, perjuangannya hanya berteraskan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama. “Saya hanya memberi perkhidmatan terbaik dan paling amanah kepada Dr. Mahathir. Apabila perletakan jawatan beliau diterima biro politik Pejuang dan dimaklumkan pada mesyuarat MEP, maka perkhidmatan saya dengan Pejuang tidak relevan lagi.

“Dalam masa yang sama, saya juga telah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Presiden Pejuang,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurut Khairuddin, Pejuang Wilayah Persekutuan juga secara konsensus bersetuju untuk membubarkan keseluruhan senarai Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh ketua negeri menganggotai Majlis Pimpinan Negeri berkuat kuasa serta-merta. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pengikut Dr Mahathir letak jawatan dalam Pejuang | The Malaysian InsightPengikut Dr Mahathir letak jawatan dalam Pejuang | The Malaysian InsightKhairuddin Abu Hassan letak jawatan ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, bubar majlis pimpinan.
Read more »

Khairuddin resigns as FT Pejuang chiefKhairuddin resigns as FT Pejuang chiefPUTRAJAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan has resigned as the Federal Territory Pejuang chief and from the party’s executive council with immediate effect, citing loss of confidence in the leadership of Pejuang president Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Read more »

Pemimpin mahu teruskan perjuangan , pengunduran Tun M proses peralihan tampuk kepimpinanPemimpin mahu teruskan perjuangan , pengunduran Tun M proses peralihan tampuk kepimpinanKetua Pejuanita (Pejuang), Datin Che Asmah Ibrahim berkata, meskipun Dr. Mahathir telah meletakkan jawatannya sebagai presiden parti itu, namun beliau akan terus kekal sebagai ahli Pejuang.
Read more »

Putin akui situasi 'amat sukar' di empat wilayah Ukraine yang dirampasPutin akui situasi 'amat sukar' di empat wilayah Ukraine yang dirampasMoscow berusaha keras untuk mewujudkan pentadbiran lancar di keempat-empat wilayah berkenaan
Read more »

Ketua Pembangkang, MP PN main politik jelek - Shamsul IskandarKetua Pembangkang, MP PN main politik jelek - Shamsul IskandarAhli Parlimen Larut itu seharusnya sedar berita pojok itu tentunya sengaja diterbitkan demi mencari publisiti murahan.
Read more »



Render Time: 2025-03-03 13:31:06