Keuntungan Petronas naik 2% pada suku pertama
Presiden dan CEO Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Petronas akan kekal berhati-hati, memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan berhemah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2023.
KEUNTUNGAN selepas cukai Petroliam Nasional Bhd naik 2% kepada RM23.8 bilion menjelang suku pertama tahun kewangan 2023 berbanding tempoh yang sama setahun sebelum ini. Peningkatan dalam PAT kali ini disumbangkan oleh pendapatan faedah yang lebih baik dan cukai yang agak rendah sejajar dengan penurunan keuntungan yang diimbangi sebahagiannya oleh pendapatan yang lebih rendah sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan . Kumpulan itu mencatatkan EBITDA sebanyak RM38.6 bilion, lebih rendah sebanyak RM1.8 bilion disebabkan oleh kos produk yang lebih tinggi serta perbelanjaan mengurus yang sebahagiannya diketepikan oleh peningkatan hasil yang agak memberangsangkan. Perolehan kumpulan bagi suku pertama dalam tinjauan menokok 16% kepada RM90.4 bilion berbanding suku yang sama pada 2022 selepas disokong oleh peningkatan volum jualan dan impak yang menggalakkan daripada pertukaran asing. “Ini sebahagiannya diimbangi oleh harga realisasi purata yang lebih rendah daripada produk utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Petronas akan kekal berhati-hati, memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan berhemah termasuk membuat pelaburan bagi mengukuhkan perniagaan terasnya dan mengembangkan portfolio perniagaannya. “Pada setiap masa, kami akan menyasarkan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang kepentingan serta rakan kongsi kami, dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dan masyarakat di mana sahaja kami beroperasi,” katanya. Sementara itu, perbelanjaan modal Petronas berjumlah RM10.5 bilion, disumbangkan oleh projek huluan dan gas. Capex domestik bertambah sebanyak 44% berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini terutamanya untuk pelaburan dalam projek gas asli cecair terapung berhampiran pesisir Petronas di Sabah dan pembangunan medan gas Kasawari di Sarawak. Jumlah aset Petronas mengukuh kepada RM713.6 bilion pada 31 Mac 2023 daripada RM710.6 bilion yang direkodkan semasa 31 Disember 2022 selepas disumbangkan oleh tunai yang lebih tinggi dan setara tunai yang sebahagiannya diimbangi oleh penghutang yang lebih rendah. Aliran tunai daripada aktiviti operasi berkurangan sebanyak RM2.3 bilion sejajar dengan tunai yang lebih rendah yang dijana daripada peningkatan operasi dan cukai yang dibayar berkaitan dengan tahun taksiran sebelumnya yang sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan faedah lebih tinggi yang diterima. Bagi bahagian huluan, PAT untuk suku pertama 2023 adalah RM12.5 bilion, meningkat RM600 juta disebabkan oleh pertambahan dalam hasil yang sebahagiannya diimbangi oleh kos produk yang lebih tinggi, manakala perolehan bagi suku pertama 2023 mencecah RM35.9 bilion, menokok RM1.1 bilion jika dibandingkan dengan suku pertama 2022. “Ini dipacu oleh minyak mentah yang lebih tinggi dan kondensat serta volum jualan gas asli ditambah pula dengan impak yang menggalakkan daripada pertukaran asing dan ini sebahagiannya diimbangi oleh harga realisasi purata yang lebih rendah bagi minyak mentah dan kondensat,” katanya. Jumlah purata pengeluaran harian bagi suku pertama 2023 adalah sebanyak 2,497 ribu tong setara minyak sehari berbanding hanya 41,000 BOE sehari yang dicatatkan semasa suku sama tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh lonjakan dalam pengeluaran gas daripada operasi Malaysia, ditambah pula dengan pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi daripada operasi antarabangsa tetapi ini sebahagiannya diimbangi oleh kondensat dan pengeluaran gas asli yang kurang memberangsangkan daripada operasi antarabangsa. Bagi bahagian gas, PAT mencatatkan RM8.8 bilion berbanding RM8.4 bilion pada suku yang sama 2022 selepas didorong oleh hasil yang lebih positif dan sebahagiannya diimbangi dengan kos produk yang lebih mahal, manakala hasil bagi suku pertama 2023 adalah RM33.2 bilion, melonjak RM5.7 bilion berbanding suku yang sama 2022 disebabkan hasil daripada LNG yang lebih baik dan harga purata gas terproses yang direalisasikan, volum jualan yang lebih tinggi serta impak yang menggalakkan daripada pertukaran asing. Purata volum gas jualan Malaysia meningkat sebanyak 310 juta kaki padu standard sehari terutamanya disebabkan oleh pengambilan yang lebih tinggi daripada sektor tenaga di Semenanjung Malaysia. Jumlah jualan LNG kasar naik 0.50 juta tan metrik disebabkan oleh pengeluaran loji yang lebih tinggi sejajar dengan peningkatan permintaan. – Bernama, 7 Jun, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Petronas Gambang (Westbound) 50kW EV Charger unavailable for over two weeks - SoyaCincauEV drivers heading from Kuantan to KL take note. The 50kW DC Charger at Petronas Gambang Arah Barat (Westbound) will be offline from 6th to 23rd June. A 22kW Kempower charger will be deployed as an interim solution.
Read more »
PM Anwar briefed on national oil and gas industry during visit to PetronasKUALA LUMPUR, June 6 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today made a working visit to Petronas at the Petronas Twin Towers and was given a briefing on the oil and gas...
Read more »
Welcome! You are invited to join a webinar: Top In Tech Ep35: The Bursa Carbon Exchange: A Game Changer for Malaysian Businesses. After registering, you will receive a confirmation email about joining the webinar.Topic Brief: The Bursa Carbon Exchange (BCX) is Malaysia’s first government-backed voluntary carbon exchange. This is a platform that allows companies to purchase voluntary carbon credits from climate-friendly projects and solutions. It provides an opportunity for Malaysian businesses to reduce their carbon footprint and contribute to reducing carbon emissions. Hence, the launch of the Bursa Carbon Exchange is timely given the growing impact of global warming, and the important role voluntary carbon markets will play to support financing for climate-friendly projects and solutions. This latest episode will discuss how Malaysian businesses can benefit from the Bursa Carbon Exchange as we explore the opportunities for Malaysian businesses in the voluntary carbon market and how they can contribute to reducing carbon emissions. We will also discuss the challenges that Malaysian businesses face in reducing their carbon footprint and the benefits of reducing carbon emissions for Malaysian businesses. Discussion Angles: -How can Malaysian businesses benefit from the Bursa Carbon Exchange? -What are the opportunities for Malaysian businesses in the voluntary carbon market? -How can Malaysian businesses contribute to reducing carbon emissions? -What are the challenges that Malaysian businesses face in reducing their carbon footprint? -How can this help businesses meet their sustainability goals? Moderator: Karamjit Singh, CEO, Digital News Asia Speakers: -Tommy Lim, CEO, ICT Zone -Mohan Kumar D, Workforce Services and Solutions Head, Greater Asia, HP Inc
Read more »
Govt to receive RM40 billion dividend from Petronas | The Malaysian InsightGovt to receive RM40 billion dividend from Petronas
Read more »
Petronas tambah pengeluaran harian kepada 2.7 juta Boe | The Malaysian InsightIa bagi mengekalkan keuntungan kukuh dalam keadaan harga minyak mentah yang rendah, katanya.
Read more »




