kangar Kerajaan tidak bercadang menyenaraikan daun ketum sebagai satu keluaran komoditi negara buat masa ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Keluaran Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses meneliti manfaat dan keburukan daun ketum.
Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan tidak berhasrat untuk memasukkan daun ketum sebagai keluaran perdagangan sebaris keluaran komoditi lain di negara ini. "Saya berasa semua sedia maklum mengenai isu daun ketum ini dan walaupun ada negatif dan positif yang dikaitkan dengannya, saya berasa biar KKM jalankan penyelidikan terlebih dahulu.
"Di pihak kami, belum ada cadangan untuk mengiktirafnya sebagai komoditi dan tidak bercadang untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di Kangar hari ini.Mengulas mengenai hala tuju komoditi negara, Khairuddin berhasrat memperkasa keluaran komoditi negara sedia ada terlebih dahulu. "Buat masa ini kita mahu memperkasakan apa yang ada terlebih dahulu seperti kelapa sawit, getah, kayu kayan, koko, lada dan kenaf terlebih dahulu.Bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Datuk Zahidi Zainul Abidin pernah menyuarakan agar penanaman daun ketum dibenarkan sebagai usaha membantu pekebun kecil.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Nickelodeon cetus kontroversi umum Spongebob SquarePants merupakan karakter gay‘Pencipta watak sudah nyatakan Spongebob bukan gay, bila penciptanya mati Nickelodeon tukar kenyataan’. FMTNews FMTOhsem
Read more »
41 kes baharu Covid-19 dilapor hari ini | The Malaysian Insight38 kes adalah jangkitan tempatan iaitu 32 kes bukan warganegara, 6 kes warganegara.
Read more »
Peguam hak asasi dipecat dari majlis perundingan kementerianKementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan Eric Paulsen bukan lagi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia. FMTNews EricPaulsen
Read more »
Bersatu perlu berkorban untuk Perikatan, bukan Umno, kata Khalid Nordin | The Malaysian InsightNaib Presiden Umno berkata Bersatu perlu berusaha bangunkan kekuatan sendiri dahulu.
Read more »
Semua rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi, kata menteri | The Malaysian InsightPembukaan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang kerajaan negeri, kata Ismail Sabri Yaakob.
Read more »
Semua rumah ibadat bukan Islam dibenar dibukaputrajaya MESYUARAT Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, bersetuju membenarkan 5,230 rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara dibuka.
Read more »