Ketua sindiket, ahli didakwa edar 21kg heroin
KETUA sindiket dadah dan seorang ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21 kilogram minggu lepas.
S Genesan, 39, yang kudung tangan kiri dan RR Pirapagaran, 39, dituduh bersama-sama mengedar dadah seberat 21,069 gram di sebuah rumah di Jalan Jelapang Bayu 6, Puncak Jelapang di Ipoh kira-kira 9 malam, 16 Mei lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala Genesan diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah dan R Pirapagaran tidak diwakili peguam. Majistret Jesseca Daimis menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu serahan laporan kimia. – Bernama, 26 Mei 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua lelaki didakwa edar heroin 21kgDua rakan berhadapan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21.06 kilogram, minggu lalu.
Read more »
Sales of fans, air conditioners triple as temperatures peak | The Malaysian InsightDealers enjoy brisk business as Malaysian try to beat the extreme heat.
Read more »
Report: Corporate tycoon Halim Saad denies MACC questioned him over RM2.3b Renong-UEM dealKUALA LUMPUR, May 25 — Malaysian corporate figure Tan Sri Halim Saad has denied that he was quizzed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over alleged embezzlement...
Read more »
Perak FC pecat Teong Kim, Yusri ketua jurulatih sementaraPerak FC memecat Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super.
Read more »
[Watch] Pearly, Thinaah Set New Record With 211-Shot Rally At Malaysian Masters 2023 | TRPAll four Malaysian doubles pair advanced into the quarterfinals.
Read more »