Kesan tarif AS terhadap sektor pertanian Malaysia
Literatur telah menunjukkan liberalisasi perdagangan secara umum meningkatkan kesejahteraan ekonomi keseluruhan dan memperbaiki keadaan masyarakat. Sejak zaman Ricardo pada abad ke-19, apabila teori dan konsep kelebihan komparatif diperkenalkan ahli ekonomi British, David Ricardo, banyak terdapat bukti manfaat daripada perdagangan bebas. Dikatakan liberalisasi perdagangan membuka pasaran dan mempromosikan eksport melalui mekanisme ‘semulajadi’ kelebihan komparatif.
Isu ini semakin runcing dengan pengenalan ‘tarif timbal balik’ oleh AS yang merujuk kepada satu siri duti import yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump, pada 2 April lalu, semasa apa yang disebutnya sebagai ‘Hari Pembebasan’. Tarif biasanya digunakan sebagai langkah perlindungan menyokong pengeluar tempatan dan mengukuhkan rantaian bekalan domestik.
Tarif import, yang dikenakan ke atas barangandiimport, sering kali menyebabkan peningkatan kos kepada syarikat pengimport dalam negara. Syarikat ini biasanya memindahkan kos tambahan kepada pengguna melalui kenaikan harga, yang akhirnya meningkatkan perbelanjaan pengguna domestik. Pasaran minyak sawit Malaysia di AS agak kecil. Pada 2024, Malaysia mengeksport 191,000 tan minyak sawit ke AS, hanya sekitar 10 peratus daripada import minyak sawit AS dan 1.1 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia.
Secara teori, kesan negatif terhadap sektor pertanian Malaysia termasuk pengurangan daya saing, penurunan jumlah eksport, perlambatan pertumbuhan ekonomi, gangguan rantaian bekalan, dan potensi mencetuskan tindakan balas perdagangan. Namun, kadar tarif Malaysia yang lebih rendah memberikan sedikit kelebihan berbanding Indonesia dan Thailand, yang masing-masing menghadapi tarif sebanyak 32 peratus dan 36 peratus.
Memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas sedia ada – Menggunakan kerangka seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN , Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dan FTA ASEAN-China dapat memudahkan akses ke pasaran alternatif dengan tarif dan halangan perdagangan lebih rendah. Kerajaan juga disarankan mempercepatkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah dan mempertimbangkan untuk rundingan FTA dengan AS bagi mengurangkan impak tarif.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Maritim Malaysia kesan sindiket penyeludupan guna bot nelayanMaritim Malaysia Kelantan mengetatkan kawalan di perairan negeri itu susulan perubahan taktik sindiket penyeludupan.
Read more »
Prudential Assurance Malaysia reaffirms commitment to Bank Negara Malaysia’s interim measuresKUALA LUMPUR, March 25 — In response to news that a group of Malaysian lawmakers has urged Bank Negara Malaysia (BNM) to intervene following Prudential Malaysia’s announcement...
Read more »
Pasukan SMART Malaysia ke Yangon bantu SAR esokerajaan Malaysia membuat keputusan untuk menghantar Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) ke Myanmar
Read more »
BNM sedang menilai kesan pelaksanaan tarif oleh ASBank Negara Malaysia (BNM) sedang menilai kesan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum memutuskan sebarang semakan semula keluaran dalam negara kadar (KDNK).
Read more »
MBDK, JAS kesan aktiviti pencemaranPihak berkuasa mengesan aktiviti pembersihan lori minyak dekat Jalan Ikan Bawal, di sini pada awal Januari lalu dipercayai menjadi antara punca pencemaran anak Sungai Teluk Gong.
Read more »
Punca kematian Zayn Rayyan dikatakan akibat jerutan leherPakar forensik mendedahkan punca kematian Zayn Rayyan bukan lemas, dengan kesan kecederaan fizikal serta trauma tajam.
Read more »