Sekiranya permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan, maka, pendengaran merit semakan akan ditetapkan dan jika sebaliknya, Najib akan meneruskan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya sebelum ini.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menjadi tumpuan umum dengan pelbagai agensi media mula berkumpul seawal pukul 7 pagi bagi mengikuti keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan beberapa lagi pasukan pendakwaan tiba kemudian. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais akan memutuskan sama ada Najib layak diberi kebenaran menyemak semula kes beliau.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ingkar arahan timbalan speker, ahli Parlimen Besut digantung 3 hari | The Malaysian InsightChe Mohamad kerap kali bangun mencelah dan enggan duduk apabila diarahkan berbuat demikian walaupun diberikan amaran sebanyak tiga kali.
Read more »
Alasan UiTM larang sesi dialog tak masuk akal, kata Syed SaddiqAhli Parlimen Muar itu berkata, sesi dialog bersama pelajar itu bertujuan berlangsung dengan aman.
Read more »
PARLIMEN: Kementerian Kesihatan cari cara tangani isu lesu petugas kesihatanMemerlukan perbincangan membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meluluskan perjawatan bersesuaian.
Read more »
PARLIMEN: Kerajaan teliti mekanisme lindungi tanah rizab MelayuDilaporkan hanya tinggal tiga peratus di Kuala Lumpur.
Read more »
PARLIMEN: Elak kebanjiran faktor tangguh ambil pekerja asing“Memang kita terima banyak aduan, bila luluskan kuota, berlaku kes yang mana bila pekerja sampai ke negara ini, ada yang tidak diambil di lapangan terbang.'
Read more »