Putrajaya Kes positif Covid-19 dalam negara yang menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan PerintahKawalanPergerakan, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak.
“Polis akan terus ambil tindakan kepada setiap individu yang melanggar PKP. Kita jangan lupa ada sesetengah negara yang melonggarkan sekatan apabila kes berkurangan tetapi akhirnya berlaku peningkatan kes positif menyebabkan mereka terpaksa bukan sahaja mengisytiharkan PKP tetapi ada negara isytihar darurat dan sebagainya.
“Saya harap perkembangan baik ini boleh dijadikan perkara positif supaya kita bertindak dengan lebih tegas lagi untuk diri kita supaya mematuhi setiap arahan PKP, setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan dan patuhi setiap perintah,” katanya pada sidang media harian perkembangan PKP di Putrajaya, hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19 tidak berakhir selepas tamat PKP tapi permulaan fasa baru kehidupan ‘new normal’WHO mengesahkan pengakhiran PKP di beberapa negara hanyalah permulaan kepada fasa baru dimana orang ramai perlu membiasakan diri dengan ‘new normal’. FMTNews Covid19
Read more »
Selagi tiada vaksin, jangan berhenti perangi Covid-19, patuhi PKP | The Malaysian InsightOrang ramai perlu mementingkan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan, selain mengamalkan kebiasaan baharu.
Read more »
Covid-19: 95 sembuh, 84 kes baharu dan 1 kematiankualalumpur Satu kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.
Read more »
3 rakyat Malaysia positif Covid-19 dalam kes terbaharu di Singapura | The Malaysian InsightMereka antara 596 kes yang dilaporkan dengan seorang dikaitkan dari asrama pekerja asing Kranji Lodge.
Read more »
Kes Covid-19 di Singapura lepasi 8,00016 kes melibatkan warga Singapura atau pemastautin tetap dalam kira-kira 1,400 kes baru hari ini. FMTNews Covid19
Read more »
Tiada kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini, 36 kes baru98 kes pulih dan dibenarkan keluar wad. FMTNews Covid19
Read more »