kualalumpur Kes Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta dibenar dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendengar permohonan peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam, 47, pada prosiding pengurusan kes berkenaan, hari ini.Terdahulu, Hasnal Rezua memaklumkan kepada mahkamah, pihak pembelaan membuat permohonan itu menurut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah selain, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen berdasarkan elemen kes.
“Mahkamah boleh menggunakan seksyen ini untuk mencapai keadilan lebih efektif, berpengalaman dan telus. “Selain itu, permohonan ini tidak bertujuan untuk mencabar keupayaan Hakim Mahkamah Sesyen dalam memberikan perbicaraan adil,” katanya.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hasnal Rezua memaklumkan Hakim Azman Ahmad mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kes itu dipindahkan ke mahkamah itu.Pada Februari lalu, Mohd Hafarizam didakwa memasukkan dua keping cek daripada akaun Najib bernilai RM11.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa memasukkan cek bernilai RM3.5 juta daripada akaun Najib ke dalam akaun sama pada 12 Februari 2015.Mohd Hafarizam didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan denda 5 kali nilai wang terbabit, jika sabit kesalahan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mahkamah Tinggi akan dengar kes gubah wang RM15 juta peguam UmnoHakim Colin Lawrence Sequerah membenarkan peguam memindahkan kes ke mahkamah lebih tinggi walaupun tarikh sebutan kes tidak ditetapkan. FMTNews ColinLawrenceSequerah HafarizamHarun
Read more »
Suspek kes bunuh kelindan diburuPOLIS buru dua lelaki dipercayai terbabit kes bunuh seorang kelindan lori di sebuah taman permainan di Batu Caves, semalam.
Read more »
'Jangan sembunyikan kes buli'KualaLumpur 'Kita perlu memastikan sekolah jangan sembunyikan kes buli' kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Read more »
Polis guna poligraf uji 7 saksi utama kes kematian AdibPolis Bukit Aman berkata, polis akan mengambil keterangan 2 saksi inkues itu, iaitu pakar fizik dari UiTM, Amir Radzi Ab Ghani dan perunding kanan patologi forensik UK, Dr Shahrom Abd Wahid, dalam masa terdekat. FMTNews Adib
Read more »
Siasatan kes Adib, saksi akan diuji guna alat pengesan bohong | The Malaysian InsightPolis telah mendapat beberapa imej baharu daripada beberapa individu di lokasi kejadian rusuhan.
Read more »
Lagi 14 saksi akan dipanggil bantu siasatan kes kematian Beng HockPolis Bukit Aman berkata, 14 saksi itu ialah rakan setugas Teoh dan kakitangan SPRM. FMTNews TeohBengHock BukitAman
Read more »