Kes pembunuhan kejam warga emas itu terbongkar selepas jiran mangsa terhidu bau busuk luar biasa dari rumah wanita itu sebelum melaporkan kepada polis.
PARIT BUNTAR: Seorang lelaki yang dipercayai mengerat badan ibu kandungnya kepada 15 bahagian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh wanita tersebut, bulan lalu.
Tertuduh, Ng Yu Lim, 42, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.Mengikut pertuduhan, Yu Lim didakwa membunuh Ong Suan Bee, 68, di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar antara pukul 2.30 hingga 3 pagi, pada 26 Mei 2022. Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Muhammad Syaiful Akmal menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.
Media pada 5 Mei lalu melaporkan, seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang oleh anak perempuannya sejak 28 Mei lalu ditemukan mati dengan tubuhnya dikerat kepada 15 bahagian. Pemeriksaan di lokasi menemukan bahagian tubuh manusia yang dikerat dan disimpan dalam lubang tangki kumbahan dengan ditutup papan lapis, di bahagian belakang rumah.Semakan mendapati suspek pernah mendapat rawatan sakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, 20 tahun lalu. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Labuan ferry's new fares to take effect from June 15LABUAN: The new ferry passenger fares from Labuan to mainland Sabah will be implemented from June 15, says Labuan Holdings Sdn Bhd chief executive officer Mohammad Ridzuan Ibrahim.
Read more »
Last flight to Madinah on June 15, pilgrims to depart for Makkah beginning June 20: THIn another development, Syed Saleh said TH had made adequate preparations in facing various possibilities due to the spread of the Covid-19 infections among its staff and pilgrims. theSun thesundaily TH hajpilgrims Madinah
Read more »
Heavy rains in Guatemala impact half million, 15 deadGUATEMALA CITY, June 14 — At least 15 people have died in a dozen mudslides caused by heavy rains that have fallen since early May in Guatemala, where more than 500,000 people...
Read more »
Isu bahasa, tiada saksi punca laporan kes Adib, Batu Puteh, Tommy Thomas lewatSituasi itu, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, termasuk teks dokumen asal dalam bahasa Inggeris
Read more »
Laporan lengkap kes Pulau Batu Puteh, Adib, buku Tommy Thomas siap Ogos | The Malaysian InsightMenteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan dan jawatankuasa terlibat meminta pelanjutan bagi memperhalusi setiap laporan dan kajian.
Read more »
Reman suspek kes rogol 19 tahun lepas disambung 3 hari | The Malaysian InsightSuspek disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.
Read more »