Kes Covid-19 di Indonesia kini lebih 80,000
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 87 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang. – Gambar AFP, 15 Julai, 2020.
KES positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan kini melepasi angka 80,000 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,522 dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 87 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang.
“Jumlah kes positif kini 80,094 manakala sebanyak 24,871 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya, yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,275 kes, diikuti Jakarta , Jawa Tengah , Sulawesi Selatan dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama, 15 Julai, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes Covid-19 di Indonesia kini lebih 78,000 | The Malaysian Insight
Read more »
WHO gesa Indonesia buat lebih banyak ujian Covid-19 | The Malaysian Insight
Read more »
Covid-19: Sifar penularan tempatan, 4 kes importkualalumpur Malaysia kembali mencatat sifar kes penularan tempatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Read more »
Singapura lapor 347 kes baru Covid-19, 1 kematianSingapura melaporkan 347 kes baru Covid-19 semalam. FMTNews Singapura Covid19
Read more »
Thailand lapor 5 kes import Covid-19 | The Malaysian Insight
Read more »
4 kes baru Covid-19, sifar penularan tempatanTiada kematian dilaporkan hari ini. FMTNews Covid19Malaysia
Read more »