Beyond the Breaking News

Kerusi Presiden Kehormat FAM dalam senarai 'pemutihan'

Malaysia News News

Kerusi Presiden Kehormat FAM dalam senarai 'pemutihan'
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

PETALING JAYA: Perubahan besar bakal berlaku dalam landskap pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kerusi Presiden

PETALING JAYA: Perubahan besar bakal berlaku dalam landskap pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia apabila kerusi Presiden Kehormat berada dalam senarai cadangan untuk dihapuskan. Cadangan itu merupakan sebahagian daripada pakej pindaan statut baharu yang akan dibentangkan pada Kongres Luar Biasa FAM, Khamis ini selain cadangan memansuhkan jawatan Timbalan Presiden.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia , Datuk Seri Windsor Paul John berkata, jawatan Presiden Kehormat dilihat sudah tidak lagi sesuai dengan keperluan pengurusan bola sepak moden dan tidak diamalkan oleh badan bola sepak utama dunia. Menurut beliau, AFC dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa sendiri tidak lagi mengekalkan jawatan berkenaan dalam struktur pentadbiran masing-masing.

“Dalam era bola sepak profesional hari ini, jawatan seperti Presiden Kehormat sudah tidak lagi dipraktikkan. AFC tidak ada, FIFA pun tidak ada.

“Dahulu ia memang popular dan digunakan oleh banyak persatuan, tetapi apabila sistem pentadbiran serta statut berkembang mengikut tuntutan semasa, jawatan itu semakin tidak relevan,” katanya. Windsor menjelaskan, kebanyakan negara kini lebih cenderung menubuhkan majlis atau kumpulan khas yang menghimpunkan bekas pemimpin persatuan tanpa melibatkan mereka secara rasmi dalam struktur pentadbiran semasa. Cadangan pemansuhan itu dilihat bakal memberi kesan langsung kepada penyandang Presiden Kehormat FAM ketika ini, Tan Sri Hamidin Mohd.

Amin yang dilantik ke jawatan berkenaan menerusi Kongres Luar Biasa pada Jun tahun lalu. Menerusi draf statut baharu yang mengandungi 94 artikel, jumlah kerusi Jawatankuasa Eksekutif dicadangkan dikurangkan daripada 17 kepada hanya 11 jawatan. Windsor berkata, cadangan berkenaan dibuat hasil audit pengurusan kualiti yang dijalankan AFC terhadap pentadbiran FAM bagi memastikan badan induk bola sepak negara itu bergerak selari dengan amalan tadbir urus moden.

Selain membentangkan cadangan pindaan statut, AFC juga dijadual membentangkan laporan penuh audit pentadbiran FAM kepada ahli gabungan sebelum Kongres Luar Biasa berlangsung. -UTUSAN

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia to Vote on Football Governance ReformsMalaysia to Vote on Football Governance ReformsThe Football Association of Malaysia's (FAM) extraordinary congress will vote on proposed amendments to their statutes, including changes to elections, executive leadership and candidate vetting, in an effort to align with Asian Football Confederation (AFC) governance standards.
Read more »

AFC proposes 94 new articles in FAM statutesAFC proposes 94 new articles in FAM statutesAmong the proposed changes is the reduction of FAM’s executive committee from 17 members to 11.
Read more »

FAM kena kurangkan jumlah Exco- AFCFAM kena kurangkan jumlah Exco- AFCPETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mencadangkan jumlah Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Read more »

AFC scraps honorary president position in proposed FAM statuteAFC scraps honorary president position in proposed FAM statuteAFC secretary-general Windsor Paul John says such roles are no longer relevant in modern football governance.
Read more »



Render Time: 2026-08-12 04:14:18