gelangpatah Dua lelaki warga India yang dipercayai bekerja tanpa permit kerja ditahan APMM melalui Ops Jaksa di sebuah kelong atau sangkar ikan di Tanjung Kupang, Gelang Patah semalam.
Pengarah APMM Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kedua lelaki berkenaan ditahan selepas ditemui ketika sedang bekerja di kelong terbabit pada 10.45 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan anggota bot peronda APMM di kawasan sangkar ikan berkenaan menemui dua lelaki terbabit berusia 22 dan 33 tahun sedang bekerja tetapi mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan pasport. "Kedua-dua tahanan itu kini direman selama 14 hari bermula hari ini dan disiasat mengikut peraturan 11 Akta Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih seribu ringgit atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404, manakala bagi kejadian kecemasan di laut, talian MERS 999.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua beradik mati keracunan gasPakistan Dua beradik rakyat Britain ditemui maut dalam bilik air di sebuah hotel di Gujrat.
Read more »
Lebuh raya PLUS tetap diselenggara walau tol turun, kata PM | The Malaysian InsightPemegang konsesi itu ada pendapatan cukup untuk biaya kerja selenggara, kata perdana menteri.\n\u00a0
Read more »
Bayi perempuan ditemui bawah pokok pisang | The Malaysian InsightBayi yang ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ditinggalkan tanpa pakaian.
Read more »
Penginapan sempurna lokasi strategikHOTEL Vouk Suites boleh dianggap sebagai hotel yang sempurna bagi melengkapkan hari di Pulau Pinang berikutan kedudukannya strategik di tengah kesesakan bandar raya.
Read more »
Jurulatih memandu belajar ilmu menyelamatBaling LIMA puluh jurulatih dan kakitangan Institut Pakatan Latihan Memandu Baling mengikuti kursus asas pertolongan cemas dan kebakaran di tempat kerja sebagai persediaan awal berlaku kecemasan dan kemalangan.
Read more »
Warga perumahan awam rayu kemudahan lebih baik, selamat | The Malaysian InsightKemudahan yang dibaik pulih juga akan rosak semula tanpa didikan sivik dan jagaan, kata warga Pulau Pinang.
Read more »