Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sedang meneliti kaedah komunikasi yang lebih berkesan untuk tujuan tersebut termasuk mewujudkan laman web, talian pengaduan atau rangkaian penguatkuasaan.
KOTA BHARU : Kerajaan akan mewujudkan pelbagai medium dalam usaha untuk memberi kemudahan kepada masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan kenaikan harga barang dan inflasi ketika ini.
“Saya dapati ada beberapa pengguna telah menyuarakan pandangan mereka mengenai kurang mendapat maklumat mengenai harga semasa barangan seperti ayam, telor dan minyak masak semasa melakukan tinjauan di beberapa buah pasar. Beliau menyatakan demikian selepas melakukan tinjauan harga barangan keperluan seperti ayam, telur selain minyak masak di Pasar Besar Siti Khadijah dan sebuah sebuah pasar raya di sini hari ini.