KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah kerajaan negeri perlu mencari kaedah serta model terbaik dalam sistem pentadbi...
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman pada Okt 1 2023. - fotoBERNAMA: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah kerajaan negeri perlu mencari kaedah serta model terbaik dalam sistem pentadbiran agar lebih telus dan efisien sebelum memutuskan sebarang keputusan yang bakal dilaksanakan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat.
“Oleh yang demikian, melalui doktrin pengasingan kuasa yang merupakan pembahagian dalam amalan demokrasi iaitu kuasa eksekutif, legislatif serta judisiari menjadi semak dan imbang yang efektif bagi kerajaan beta walaupun pemusatan kuasa kini sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Beta percaya dan yakin dengan rules of law di Malaysia serta prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang berjalan baik, adil serta saksama kepada semua strata sosial di dalam masyarakat,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Mizan menitahkan kerajaan negeri supaya memberi keutamaan kepada bidang-bidang yang bakal memberi kesan pengganda dalam persekitaran sosial serta ekonomi yang inklusif, kukuh dan mampan melalui perkembangan pembangunan wilayah di Terengganu; melestarikan pelan pembangunan pelancongan; pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan rakyat; peluang pelaburan dan pekerjaan; perkembangan potensi pertanian serta pembangunan modal insan.
“Keunikan tujuh pulau peranginan utama iaitu Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulau Bidong, Pulau Lang Tengah dan Pulau Kapas berpotensi tinggi untuk dipasarkan di peringkat global,” titah baginda. Antara yang boleh dilakukan termasuk memudah cara urusan pelabur melalui pengenalan inisiatif dan fasilitasi pelaburan yang berkesan serta menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian bagi menarik pelabur dan meningkatkan daya saing negeri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cari kaedah pentadbiran terbaik - Sultan MizanCari kaedah pentadbiran terbaik - Sultan Mizan
Read more »
Selangor get sweet payback on T'ganu, K'tan-Sabah match called offKUALA LUMPUR: Selangor exacted revenge for their recent Malaysia Cup quarterfinal loss by whipping Terengganu FC 4-0 in a Super League match played at the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Kuala Terengganu on Friday (Sept 29) night.
Read more »
Kaji teliti cadangan perkenal KR1M, elak belanja sia-sia, kata FomcaN Marimuthu berkata kerajaan perlu memastikan golongan sasar mendapat manfaat, barangan keperluan mencukupi.
Read more »
Pertandingan bot berhias Sungai Terengganu meriahRibuan penonton teruja menyaksikan pertandingan bot berhias sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu malam tadi.
Read more »
Sawah ditanam sawit punca padi kurangKerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan yang menjadi kebimbangan rakyat ketika ini.
Read more »
Pasar Payang in Terengganu to begin operating in November after RM69.3m redevelopment, says deputy ministerKUALA TERENGGANU, Sept 30 — Pasar Payang, which is being redeveloped in a project worth RM69.3 million, is expected to be fully operational this November. Deputy Local...
Read more »