PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan terus siap siaga untuk menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia supaya inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam tetapi rahmat kebaikan tersebut akan turut dirasai oleh masyarakat bukan Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam hari ini.
Kata beliau, mesyuarat MKI secara jelas menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pengurusan hal ehwal Islam negara. “Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.
“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuh institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Sementara itu, Anwar turut memberi sekalung penghargaan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan mahu rahmat Islam turut dirasai bukan IslamPerdana Menteri Anwar Ibrahim mahu hal ehwal Islam juga memberi kebaikan kepada semua rakyat.
Read more »
PDRM bantai Penang FC 3-0 di Petaling JayaPDRM FC mencipta kejutan apabila menumbangkan Penang FC 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Read more »
'Oyen Elmina sudah tiada'PETALING JAYA: 'Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi tidak dapat bertahan'.
Read more »
Kerjasama kerajaan, NGO perjelaskan gagasan Malaysia Madani, SMJTAWAU: Kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diteruskan dalam memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan Gagasan Malaysia Madani serta Konsep Sabah Maju Jaya (SMJ) yang terkandung dalam Pelan Pembangunan SMJ.
Read more »
3 wanita antara 14 umat Islam ditahan minum arakPETALING JAYA: Tiga wanita antara 14 umat Islam ditahan mengambil minuman keras di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Ekram, Ipoh Jumaat lalu.
Read more »
PRK: Bukan sahaja kerajaan lawan pembangkang, Johor lawan anasir luarPRK: Bukan sahaja kerajaan lawan pembangkang, Johor lawan anasir luar
Read more »