KOTA BHARU: Pas menganggap Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak stabil berikutan wujudnya kepincangan, pergolakan dan rasa kurang puas hati dalam kalangan parti-parti yang membentuknya kerjasama itu.
Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu dapat dilihat semasa perbahasan di Parlimen apabila Dap serta beberapa wakil rakyat dari Gabungan Parti Sabah seolah-olah tidak sealiran dengan beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini.
“Tetapi itulah perangai dan masalah utama Dap. Itu juga faktor utama yang menyebabkan Pas bermasalah dengan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini. Katanya, sepatutnya selepas 100 hari mereka sudah mempunyai halatuju jelas yang dapat dilihat oleh seluruh rakyat, namun tidak berlaku sehingga kini malahan semua retorik diucapkan Anwar sebelum ini tidak terlaksana.
“Perkara itu sendiri sudah merosakkan retorik beliau . Keduanya, parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mahu ikut kepala masing-masing sahaja terutama Dap dan ia menjadi masalah kepada kerajaan,” ujarnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hanya sebilangan dalam kerajaan perpaduan berprestasi baik, kata KJBekas menteri kesihatan itu memberi ‘B-‘ kepada pentadbiran Anwar Ibrahim yang dianggapnya baik kerana ia turut dianggotai Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
Kerajaan Perpaduan diyakini kekal hingga habis penggal - PM“Saya yakin kerjasama ini (Kerajaan Perpaduan) bertahan sehingga habis penggal dan tidak terjejas dengan apa sahaja dikatakan pemimpin Pas itu.'
Read more »
Kerajaan perpaduan akan bertahan hingga tamat penggal, kata Anwar | The Malaysian InsightPerdana menteri tidak terganggu dengan dakwaan Abdul Hadi Awang kerajaan semasa akan tumbang.
Read more »
Kenyataan Hadi tidak bertanggungjawab, kata Loke | The Malaysian InsightIa susulan kenyataan presiden PAS yang PN sedang berusaha untuk 'menumbangkan' kerajaan perpaduan.
Read more »
Dewan Rakyat kecoh, Rayer mahu Hadi disiasat | The Malaysian InsightIa berhubung kenyataam bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan oleh PN.
Read more »