Kerajaan perlu wujudkan satu suruhanjaya bagi memantau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menguruskan dana ke Palestin.
Aktivitis yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia , Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, sehingga kini, terdapat lebih 70,000 NGO yang menguruskan dana bantuan ke Palestin.
“Rakyat Malaysia sangat pemurah dan baik hati tetapi pada masa yang sama, kita perlu memastikan pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan terhadap mereka. “Bagi memastikan tadbir urus yang baik, satu suruhanjaya perlu diwujudkan dengan segera kerana kita mempunyai banyak NGO yang berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di Pusat Penyiaran TVAllhijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini hari ini.Turut hadir dalam wacana itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar; Aktivis Palestin, M.
Wacana itu bertujuan membincangkan dan menyampaikan maklumat semasa berkenaan konflik yang berlaku di Palestin seterusnya membentuk kefahaman dalam kalangan pengamal media sebagai penggerak solidariti masyarakat Malaysia. Zairulshahfuddin berkata, pihaknya ingin mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penderma yang kritikal serta memikirkan perjuangan untuk mendidik masyarakat tentang konflik yang berlaku di Palestin. -UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPRM jangka buat forensik akaun NGO kutip derma rakyat PalestinAzam Baki berkata pihaknya akan menyiasat perjalanan keluar masuk wang derma termasuk sama ada wang itu benar-benar disalur.
Read more »
Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut SertaPerhimpunan Malaysia Bersama Palestin anjuran Kerajaan Madani akan diadakan esok (24 Oktober) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Read more »
Majlis Raja-Raja kecam kezaliman Zionis di PalestinKerajaan Malaysia digesa terus bersuara membela rakyat Palestin dan membantah penindasan.
Read more »
Kerajaan iktiraf, contohi pembangunan ekonomi hijau SarawakKemampanan dan pembangunan ekonomi hijau Sarawak antara pengiktirafan oleh kerajaan Persekutuan kepada ekonomi kerajaan Sarawak
Read more »
Isu Palestin: Dunia harus bangkit, hentikan hipokrasiKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi ...
Read more »