Beyond the Breaking News

Kerajaan perlu peruntukkan insentif sokongan kepada PKS

United States News News

Kerajaan perlu peruntukkan insentif sokongan kepada PKS
United States Latest News,United States Headlines

Terdapat dua fasa untuk itu, iaitu melibatkan kerajaan dan juga sektor swasta. utusanonline

Penaung Persidangan Pembuatan Pintar Antarabangsa 4.0 , Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata terdapat dua fasa untuk itu, iaitu melibatkan kerajaan dan juga sektor swasta. “Dalam fasa pertama, peranan kerajaan adalah untuk mewujudkan ekosistem kondusif, untuk memudahkan PKS menjalankan perniagaan mereka, manakala juga boleh dengan mudah melakukan transformasi atau peralihan ke dalam teknologi terkini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Rahman yang juga pengerusi Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd berkata hanya pada fasa kedua akan melibatkan sektor swasta, antara lain bagi mendapatkan pinjaman, pertukaran operasi atau mengurangkan pekerja asing. “Diharapkan dalam Belanjawan 2020 akan datang, kerajaan akan memperuntukkan sedikit wang ke arah mewujudkan ekosistem kondusif berikutan negara-negara di rantau ini sudah membelanjakan bilion dolar ke arah perkara itu. “Kita tidak boleh hanya minta PKS melakukan tranformasi daripada 1.0, 2.0 kepada 4.0, kerana mereka kecil,” katanya. Beliau berkata sebaik sahaja ekosistem yang diwujudkan adalah kondusif, sektor swasta pastinya akan tahu apa yang perlu dilakukan, dan sebaiknya menyerahkan perkara itu kepada mereka. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia Prof Ishkandar Baharin turut menyokong gesaan bagi lebih banyak insentif untuk menyokong PKS. Beliau berkata dengan sokongan itu, PKS juga mungkin dapat mengurangkan kos operasi, mencari cara untuk meningkatkan produktiviti dan berdaya saing di peringkat global. “Semua ini memerlukan kolaborasi, bukan sahaja pembiayaan, tetapi juga dari sudut pandangan dasar dan sehingga kepada pelaksanaan, serta untuk semua ahli untuk melihat apa yang sedang berlaku,” katanya. Pada masa ini, Ishkandar berkata adalah penting untuk tidak mempunyai banyak jurang antara pembuat dasar dan PKS dan berharap Belanjawan 2020 akan datang dapat memudahkannya.Acara tiga hari itu bermula hari ini , dianjurkan bersama oleh Lean Smart Solutions Industri PLT dan MyRAS. Ia meliputi pelbagai topik dalam merapatkan jurang dalam Industri Pengilangan Pintar Antarabangsa 4.0, termasuk apa yang disediakan oleh kerajaan untuk industri, kapasiti dan dan keupayaan terkininya, apa yang tiada untuk mencapai pelaksanaan penuh Industri 4.0 dan penyelesaian untuk mengisi jurang itu. - BERNAMA

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tumpuan lebih kepada Sarawak, Sabah - Dr. MahathirTumpuan lebih kepada Sarawak, Sabah - Dr. MahathirKUCHING 16 Sept - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan komitmen bahawa Kerajaan Pusat akan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan di Sarawak dan Sabah selaras Wawasan Kemakmuran Bersama yang baharu diperkenalkan.
Read more »

Kerajaan akan beri tumpuan lebih kepada Sabah dan Sarawak, kata Dr Mahathir | The Malaysian InsightKerajaan akan beri tumpuan lebih kepada Sabah dan Sarawak, kata Dr Mahathir | The Malaysian InsightPerdana menteri berkata ia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang baharu diperkenalkan.
Read more »

Kerajaan terus usaha kembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, kata PM | The Malaysian InsightKerajaan terus usaha kembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, kata PM | The Malaysian InsightUsaha kerajaan mengembalikan kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai rakan kongsi setara dalam persekutuan Malaysia diteruskan di Dewan Rakyat.
Read more »

MCA yang terpinggir tak bimbang dengan ‘perkahwinan’ Umno-PAS | The Malaysian InsightMCA yang terpinggir tak bimbang dengan ‘perkahwinan’ Umno-PAS | The Malaysian InsightMCA percaya pengundi Cina akan kembali memberi sokongan kepada mereka kerana kegagalan DAP menunaikan janjinya.
Read more »

Kawasan pelancongan Kelantan perlu dikomersialkanKawasan pelancongan Kelantan perlu dikomersialkanJELI 18 Sept. -- Kerajaan dan pihak swasta perlu campur tangan dalam memajukan serta mengkomersialkan kawasan pelancongan di Kelantan agar dapat menjadi model ke arah meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.
Read more »

Caexpo 2019 pamerkan produk daripada 167 PKS MalaysiaCaexpo 2019 pamerkan produk daripada 167 PKS MalaysiaKUALA LUMPUR 18 Sept. - Ekspo ASEAN-China kali ke-16 (Caexpo) 2019 akan menyaksikan 167 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.
Read more »



Render Time: 2026-06-10 15:37:26