Sementara itu, mengulas sama ada agensi berkaitan terlepas pandang mengenai pembinaan surau di kampung tersebut, Saarani berkata, pembinaan surau atau masjid adalah berdasarkan keperluan bagi sesebuah kawasan.
Perkampungan Orang Asli Sungai Gapes, Sahom dekat Kampar yang menginginkan sebuah surau dibina di kawasan tersebut. Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, pembinaan surau berkenaan bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di kawasan itu yang semakin berkembang.
Katanya, buat masa ini, masyarakat Islam di kampung tersebut menumpang rumah penduduk untuk solat berjemaah dan kegiatan dakwah. “Saya telah hubungi Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan beliau telah mendapat maklumat yang bertugas di sana di mana memang ada keperluan untuk membina sebuah surau di situ. “Kerajaan negeri bersetuju dan kita akan sempurnakan hajat untuk membina sebuah surau sebagai kegunaan masyarakat Islam dalam kalangan Orang Asli di perkampungan itu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak di Dewan Merdeka Lenggong di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Terdahulu, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan itu turut menyempurnakan pelancaran butik bergerak Perak FC-Kopa Arena. Sementara itu, mengulas sama ada agensi berkaitan terlepas pandang mengenai pembinaan surau di kampung tersebut, Saarani berkata, pembinaan surau atau masjid adalah berdasarkan keperluan bagi sesebuah kawasan. “Sebenarnya ikut keperluan, jika hanya 10 orang sahaja jemaah, maka tidak berbaloi untuk dibina surau atau masjid. Sekarang berkembang di kawasan itu,” katanya. Media sebelum ini melaporkan, penduduk Orang Asli di Sungai Gapes, Sahom menunggu sebuah surau dibina di perkampungan mereka sejak 25 tahun lalu. Ketiadaan surau menyebabkan mereka terpaksa menumpang di Rumah Amek atau nama sebenarnya Nur Halimah Abdullah untuk solat berjemaah dan mendalami ajaran Islam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki jatuh sungai kerana sawan ditemukan selepas tiga hari - Utusan DigitalMangsa, Muhammad Shahril Zohari, 20, yang berasal dari Kampung Gobek, Tambun Tulang ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 9.25 pagi.
Read more »
Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 disalur isu rumah punyai anak lebih 3 orang - Utusan DigitalSelain itu katanya, ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.
Read more »
China larang bina menara tinggi, lebih utamakan prestij berbanding keperluan semasa - Utusan DigitalMenurut laporan, pembinaan bangunan tinggi itu lebih bertujuan menarik perhatian, mengutamakan prestij tetapi tidak mengikut keperluan.
Read more »
Mohammadin Ketapi umum keluar Warisan, jadi wakil rakyat Bebas mesra kerajaan negeri dan Persekutuan - Utusan Digital'Saya berpendapat jika saya terus kekal dalam kelompok pembangkang sudah tentu kemajuan dan pembangunan di DUN Segama akan terabai,' katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Read more »
NCIA: Bajet 2022 pastikan trajektori pemulihan berterusan | The Malaysian InsightNCIA menyambut baik sokongan kerajaan terhadap golongan rentan, terutamanya kumpulan B40, wanita dan masyarakat Orang Asli.
Read more »
7,000 disasar kunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan - Utusan Digital7,000 disasar kunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan
Read more »
