Kerajaan akan turunkan lagi harga siling pelitup muka
Kerajaan sedang berunding untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis di bawah RM1.20 seunit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2020.
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menurunkan harga siling penutup muka lebih rendah daripada RM1.20, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata harga siling pelitup muka tiga ply akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20. “Tetapi sekarang memandangkan maklum balas umum, kami dah bincang mungkin kita akan turun lagi bawah daripada RM1.20,” katanya menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Kuala Lumpur.Pada 23 Julai lalu, Nanta mengumumkan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 seunit bermula 15 Ogos, manakala harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama. – Bernama, 6 Ogos, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pelitup muka pakai buang tidak jejas alam sekitarKualaLumpur Bagaimanapun, masyarakat juga harus bertanggungjawab dalam menguruskan pembuangan pelitup muka dengan sempurna.
Read more »
Rakyat mahu harga pelitup muka diturunkankualalumpur Rakyat Malaysia mahu kerajaan menurunkan harga pelitup muka ke paras bawah RM1.20 supaya tidak membebankan perbelanjaan bulanan selepas mewajibkan pemakaiannya bermula 1 Ogos lalu.
Read more »
Giat kumpul bahan pandemik Covid-19Tokyo: Beberapa muzium di sekitar Jepun kini giat mengumpul bahan berkaitan pandemik Covid-19 seperti pelitup muka dan risalah untuk disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.
Read more »
1 juta pelitup muka dibuang tiap hari, kata exco Pulau PinangPhee Boon Poh berkata, pelitup muka penting bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19, namun ia tidak mesra alam. FMTNews PelitupMuka MesraAlam
Read more »
Reman Md Rayhan akan disambungKualaLumpur Reman warga Bangladesh Md Rayhan Kabir yang terbabit dengan dokumentari Al Jazeera akan disambung lagi esok.
Read more »
Bantuan pemandu bas disalur 14 Ogos inikualalumpur Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Laporan Laksana Ke-15 pelaksanaan Prihatin dan Penjana berkata, ia dianggarkan membabitkan 30,000 pemandu bas di seluruh negara
Read more »