Beyond the Breaking News

Kenyataan Pas ada maksud tersirat, tersurat - Utusan Digital

Malaysia News News

Kenyataan Pas ada maksud tersirat, tersurat - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Kenyataan itu juga tidak menyebut langsung Pas akan memutuskan hubungan dengan UMNO dalam MN sebaliknya ia sekadar menyentuh penggunaan logo.'

MELAKA: UMNO yakin akar umbi Pas masih mahukan parti itu bekerjasama memperkukuh Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka, 20 November ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang meluluskan penggunaan logo Perikatan Nasional , sebenarnya mempunyai maksud tersirat dan tersurat.

“Kenyataan itu juga tidak menyebut langsung Pas akan memutuskan hubungan dengan UMNO dalam MN sebaliknya ia sekadar menyentuh penggunaan logo. “Oleh itu, saya yakin akar umbi Pas dan UMNO khususnya di negeri ini mahu kedua-dua parti ini bekerjasama menghadapi PRN nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Online. Terdahulu, Abdul Hadi menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung pada Isnin meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka, 20 November ini. Ketetapan itu dibuat setelah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama yang bersidang pada Ahad, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas. Mengulas lanjut, Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, biarpun MN tidak didaftarkan tetapi kerjasama dengan Pas membuktikan kejayaan dalam tujuh pilihan raya kecil apabila Barisan Nasional memenangi kesemuanya. Tambahnya, seluruh akar umbi kedua-dua parti juga dilihat menyambut baik pendirian enam Ketua Bahagian UMNO Melaka yang menyatakan keputusan mahu terus bekerjasama dengan Pas. “Kita sudah menjalin kerjasama sejak BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 . Kita telah menubuhkan Muafakat Ummah Melaka bersama Pesuruhjaya Pas, Datuk Kamaruddin Sidek,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PRN Melaka: Elak tiga penjuru, Bersatu digesa beri laluan kepada Pas - Utusan DigitalPRN Melaka: Elak tiga penjuru, Bersatu digesa beri laluan kepada Pas - Utusan Digital“Biar UMNO dan Pas sahaja yang melawan PH di kawasan-kawasan Melayu di bawah Muafakat Nasional (MN) supaya undi Melayu tidak pecah. Ini kerana seperti Pas di Sabah, jumlah sokongan dan akar umbi PPBM di Melaka adalah sedikit'.
Read more »

Pas teruskan kerjasama dengan PN, bukan BN di Melaka - Utusan DigitalPas teruskan kerjasama dengan PN, bukan BN di Melaka - Utusan DigitalMakanya, bertembunglah tiga empat penjuru nanti di Melaka.
Read more »

PAS sticks with PN logo as Umno's courtship hits brick wallPAS sticks with PN logo as Umno's courtship hits brick wallAbdul Hadi Awang makes clear party's stand after much speculation.
Read more »

PAS guna logo Perikatan pada pilihan raya Melaka | The Malaysian InsightPAS guna logo Perikatan pada pilihan raya Melaka | The Malaysian InsightKeputusan itu akan memberi tamparan kepada percubaan Umno untuk bekerjasama dengan parti Islam pada pilihan raya Melaka.
Read more »

Melaka Polls: Umno respects PAS' decision to contest under Perikatan banner, says Tok MatMelaka Polls: Umno respects PAS' decision to contest under Perikatan banner, says Tok MatSEREMBAN: Umno respects PAS' decision to contest under the Perikatan Nasional banner in the Nov 20 Melaka state elections, says Datuk Seri Mohamad Hasan.
Read more »



Render Time: 2026-07-22 01:05:50