Mendesak kerajaan bersikap tegas dengan penghinaan terhadap Allah, Rasulullah dan Islam di media bertulis atau media maya.
SEREMBAN 27 Feb. - Pas Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis mendesak tindakan tegas dan profesional berhubung penghinaan ke atas Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh dua pemilik akaun media sosial, Facebook .
Aduan itu dibuat bersama Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat parti itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi. Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha berkata, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dibuat oleh pemilik akaun FB atas nama Foo Sing Wai dalam hantaran pada 18 Februari lalu."Kami mendesak kerajaan bersikap tegas dengan penghinaan terhadap Allah, Rasulullah dan Islam di media bertulis atau media maya.
"Ini selaras dengan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi di negara ini yang perlu dihormati, dipelihara dan dijaga sebaik-baiknya," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis tersebut. Menurutnya, Pas negeri ini mengharapkan keamanan dan kestabilan negara terjamin dengan tindakan tegas dan profesional oleh Polis Diraja Malaysia dan kerajaan dalam menangani isu tersebut. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mengaku tidak bersalah hina nabishahalam Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan memuat naik komen yang menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook, Selasa lalu.
Read more »
Operator kilang didakwa hina Nabi MuhammadLelaki itu didakwa memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad menggunakan aplikasi Facebook, minggu lepas.
Read more »
Lelaki hina Nabi didakwa esokKUALA LUMPUR 26 Feb. - Seorang warga emas yang disyaki menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial Facebook akan didakwa di mahkamah di sini esok.
Read more »
[VIDEO] Warga emas mengaku tidak bersalah hina Nabi Muhammad
Read more »