Beyond the Breaking News

Kempen PRN Melaka: Beri tumpuan isu anak muda - Utusan Digital

Malaysia News News

Kempen PRN Melaka: Beri tumpuan isu anak muda - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tiga tumpuan yang seharusnya menjadi keutamaan pada ketika ini adalah untuk menangani kemiskinan, mewujudkan pelan jangka panjang yang komprehensif pasca Covid-19 serta tawaran untuk golongan muda.

MELAKA: Isu pengangguran, pembentukan generasi tercicir dan pemantapan kemahiran pasca Covid-19 seharusnya menjadi tumpuan utama kesemua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka. Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Melaka, Muhammad Danish Zainudin berkata, masalah itu perlu dilihat secara serius bagi memastikan perancangan strategik memperkasa anak muda dapat dirancang serta dimuktamadkan.

Jelas beliau, anak muda di Melaka menjadi kumpulan yang sangat penting dalam menentukan kesinambungan urus tadbir negeri. “Keputusan mereka menentukan sama ada Melaka dipimpin oleh sebuah kerajaan yang gagal atau sebuah kerajaan rencam yang meletakkan keperluan rakyat sebagai kepentingan utama dalam menentukan hala tuju negeri untuk tempoh lima tahun yang akan datang. “Justeru, tiga tumpuan yang seharusnya menjadi keutamaan pada ketika ini adalah untuk menangani kemiskinan, mewujudkan pelan jangka panjang yang komprehensif pasca Covid-19 serta tawaran untuk golongan muda. “Ini kerana anak muda Melaka adalah golongan sasar yang menentukan hala tuju negeri pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bersatu Kelantan hantar 700 petugas bantu kempen PRN Melaka | The Malaysian InsightBersatu Kelantan hantar 700 petugas bantu kempen PRN Melaka | The Malaysian InsightKumpulan itu akan dihantar secara berperingkat, bergilir sebelum penamaan calon sehingga hari mengundi, kata pengerusi Bersatu Kelantan.
Read more »

Muda masih bincang kerusi PRN Melaka dengan Pakatan, kata pemimpin parti | The Malaysian InsightMuda masih bincang kerusi PRN Melaka dengan Pakatan, kata pemimpin parti | The Malaysian InsightMuda masih bincang kerusi PRN Melaka dengan Pakatan, kata pemimpin parti
Read more »

BN umum calon PRN Melaka secara maya Sabtu ini | The Malaysian InsightBN umum calon PRN Melaka secara maya Sabtu ini | The Malaysian InsightSPR menetapkan tarikh mengundi pada 20 November manakala penamaan calon 8 November dan undi awal 16 November.
Read more »

PRN Melaka: UMNO tampil 90 peratus muka baharu - Utusan DigitalPRN Melaka: UMNO tampil 90 peratus muka baharu - Utusan DigitalUtusan Malaysia difahamkan, kesemua calon terpilih telah menemui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang, semalam.
Read more »



Render Time: 2026-06-13 09:20:23